Friday, October 4, 2013

POLITIK LANGAU.LANGAU LAPAR












                                                   

Tersebut la kisah,,,Taiyyiib...Sang Kelembai jalan.jalan cari makan di bandar jerantut,singgah sebentar dikedai mamak.Terdengar cerita dari tukang karut duduk sebelah meja sang kelembai.Tukang karut itu cakap kelantan.Pado la demo nih langau.langau di jerantut lapa kedaroh pitih mace ore kebulor.Tok bue pitih dio uguk tok nok undi.Pah tu tulih dale facebuk rasuoh sano rasuoh sini,dio ambik tok apo pulok.suruh SPRM tangkap ore hok bue tu,hok dio ambik tu tok apo pulok.

Berkata pulak tukang karut ke dua..dio ambik pitih tu dio kiro sedekoh jo hok bue tu dio kiro rasuoh,tu dio tok saloh ore bue ye saloh.

Berkata pulak tukang karut ke tiga..dio kato ore bue ambik undi kito punyo suko nok undi sapo.Sepatutnyo ore hok ambik tu keno samo mace hok bagi tu,kalu hok bagi tu keno 2 tahun penjaro hok ambik tu pung keno 2 tahun jugok,baru adil ni tidok hok bue ajo ye keno.baso benggong belako demo nihhhh.

Begitulah serba sedikit cerita kisah politik langau jerantut....

Thursday, October 3, 2013

KISAH NYAMUK KENYANG LARI LINTANG PUKANG
                                         

                                                         

                                     TERKANCEH KAS





Tersebutlah kisah....Taiyiib.sang kelembai jalan.jalan cari makan di bandar jerantut.singgah dikedai kopi minum petang.ada tukang karut cerita pasal politik jerantut.tukang karut cerita bahasa jerantut...kas pelik bebenor langau.langau Hj Lan maroh hek ke Tg Azlan.deme dulu bergantong dengan Tg Azlan sekarang ni nok kerat pulok Tg Azlan.daso tok kenang budi bete langau ne.mujo kas bukan sang kelembai kalu tidok kas sumpoh aje jadi peti ais dapat jugek kas peti ais baru.

Jawab pulok sang karut ke dua,bile susoh cari Tg bile senang lari macam nyamuk kenyang.jentet ne kalau langau te hurung Hj Lan macam nye buat ke Tg Azlan dulu laaa.habis madu sepah dibuang.sendiri mau ingat la.gitulah serba sedikit ceritanya dari tukang karut politik jerantut.

Tuesday, October 1, 2013

SEMBANG KEDAI KOPI: KU LAN PERTAHANKAN JAWATAN

Ni sembang2 kt Hotel Jerantut


tersebutlah kisah,,,taiyyyib.....sang kelembai jalan.jalan cari makan dibandar jerantut.terdengar cerita dikedai kopi....sang cerita cakap utara...hang tau tak non ada ka depa kata ku lan tak patut tanding ketua bahagian.pirrrraah mabuk depa ingat depa dah pandai sesuka hati ja kata ku lan macam tu.apa yang depa takut sangat ku lan tu jadi ketua bahagian.hampa rugi la kalau tak undi ku lan.gitu la serba sedikit cerita nya.



Pantun Tengku Azlan Membuka Gelanggang




Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan



Bila todak melanda Singapura
Habis dikerat dicincang lumat
Bila khianat pada manusia
Dunia akhirat takkan selamat



Habis dikerat dicincang lumat
Patinya diaduk dijadikan obat
Dunia akhirat takkan selamat
Kecuali minta ampun nasuha tobat



Anak jantan anak Temenggung
Pergi memburu sampai ke Gombak
Lalu berhenti mengutip petai
Berani buat, berani tanggung
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah ditepi pantai


Klik ke blog WZWH

AMENO JANTET PERANG LAGI WEH



Hah... nampaknya perang lagi ameno jantet ni weh. tentu ramai yg suka bila ameno jantet beperang sebab kalau perang tantu ada yg akan dapat jadi askar dn dapat peluru dn sennjata juga. Nak kata ke satu belah pihak saja main duit meman tak patot sabak belah yag satu lagi pun sama juga. Kita dah lame kenai sesama kita ni. Janganlah bila kita sokong orang tu dan kata tak main duit maka dosa-dosa lama kita memberi dan menerima duit itu juga akan terpadam... ini dosa bukan macam api pelita malam raya. Bukan juga macam
api bbakor lemang bulan pose menjelang raya

bab duit ni memanhg susah nk kata sebek kalau org dah beri duit dan kita dah terima, mesti kita kena sokong kalau tidak kita akan bedosa lebih besar sebeb bersubahat dan menipu. kalau betol2 jujur kenalah jangan ambik duet tu baru bulih kata dan jangan undi. sapa yg pecaya kalau terima duit dan kata tidak undi? hah? ada ke patot dn boleh pecaya?


Wednesday, September 29, 2010

SPU DITUTUP?

Gambar hiasan: Sebuah majalan remaja antarabangsa yang tersohor


Banyak blog telah tutup, secara sukarela atau terpaksa. Secara sukarela mungkin kerana sudah jemu berblog atau berpindah alamat kealamat baru dengan blog yang lebih mantap. Sepertimana blog NOBISHA dan PISAU.
Blog ditutup secara sukarela: Penjaga Ketuanan Melayu http://penjagaketuananmelayu.blogspot.com/2010/08/blog-ini-akan-ditutup.html
NOBISHA http://nobisha.blogspot.com/2010/09/blog-ini-ditutup_27.html


Selain itu ada blog yang terkena serangan virus Malware. Ini banyak terjadi dalam minggu lepas. Bahkan terjadi juga pada blog Tun Dr. Mahathir. Selain itu blog House PK, Gomo, Waadat, Bumiyang, Beranikan Hati dan banyak lagi termasuk laporan terbaru terjadi kepada blog MyIdea. Serangan Virus:
MyIdea http://mimpi916.blogspot.com/2010/09/blog-aku-kena-serang.html

Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut juga ditutup. Entah kerana apa. Ada yang mengatakan oleh SKM, demikian menurut kata WZWH kerana beliau ada sahabat yang bertugas sebagai Pengarah SKM Pahang.

Susah nak dipercayai kerana atas alasan apakah sehingga blog SPU ditutup? Jika atas kesalahan akta Multimedia rasanya susah nak masuk akal kerana bukanlah terlalu sensitif sangat apa yang ditulis disitu. Banyak blog-blog lain yang lebih ganas tetapi tidak dikenakan tindakan; 'Aduka Taruna' kerana menghina kesultanan Johor, 'Namewee' kerana menghina bangsa Melayu dan Kerajaan Malaysia dan banyak lagi yang masih bebas berblog.

Mustahil blog sekecil ini ditutup hanya kerana menulis tentang Wan Amizan, Wok Hitam, Siti yang tidak siapa pun diluar sana mengenalinya. Jadi mustahil blog SPU ditutup atas paksaan SKM Pahang dan terutama sekali atas arahan WZWH kerana tak siapapun mengenali siapa WZWH ini, selain hanya pancacai kepada Si-Dompok.

Sebenarnya orang Jerantut sudah merasa kerinduan atas kehilangan SPU sejak beberapa hari ini. Kita sedang menunggu dan sangat berharap agar SPU segera kembali mewarnai Jerantut ini. Banyak orang luar mengenali Jerantut ini melalui SPU. Orang luar juga berpeluang mengenali masyarakat Jerantut melalui SPU. Benar, SPU adalah pintu kepada blog-blog di Jerantut.

Wednesday, September 22, 2010

KESEDARAN TENTANG BLOG

Anuar Ibrahim pun masih pandai berdangdut
walaupun pentasnya tinggi rendah


Dengar khabarnya ada pemimpin Wanita UMNO Jerantut menuduh blog SPU sebagai 'master mind' blog-blog di Jerantut ini. Nampak sungguh dia tidak tahu tentang media sosial dan blog. Pengetahuannya tentang blog sangat sedikit yang dia ada dan banyak adalah pengetahuan tentang 'bobok'.

Adalah biasa didalam satu-satu blog memberi pautan (link) kepada blog-blog lain. Namun itu bukan bermaksud bahawa tulisan dan padangan diblog berkenaan sama dengan pandangan pemilik blog yang memberi link itu dan blog yang memberi link tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan diblog yang dilinkkannya. Kerana itu kadang-kadang kita melihat sebuah blog yang menyokong kerajaan juga memberikan link kepada blog yang bukan menyokong kerajaan. Ini dilakukan hanya kerana memberi peluang bacaan dan menilai pandangan lain mengenai satu-satu isu.

Kepada pemimpin berkenaan yang masih bodoh sombong saya ingin sarankan supaya cuba belajar dan fahami dengan sunguh-sungguh berkanaan peralatan media sosial ini kerana ini adalah alat media masa kini dan masa depan.

Janganlah tidak pandai menari lalu dikatakan lantai yang tinggi rendah.