Wednesday, September 29, 2010
SPU DITUTUP?
Banyak blog telah tutup, secara sukarela atau terpaksa. Secara sukarela mungkin kerana sudah jemu berblog atau berpindah alamat kealamat baru dengan blog yang lebih mantap. Sepertimana blog NOBISHA dan PISAU. Blog ditutup secara sukarela: Penjaga Ketuanan Melayu http://penjagaketuananmelayu.blogspot.com/2010/08/blog-ini-akan-ditutup.html
NOBISHA http://nobisha.blogspot.com/2010/09/blog-ini-ditutup_27.html
Selain itu ada blog yang terkena serangan virus Malware. Ini banyak terjadi dalam minggu lepas. Bahkan terjadi juga pada blog Tun Dr. Mahathir. Selain itu blog House PK, Gomo, Waadat, Bumiyang, Beranikan Hati dan banyak lagi termasuk laporan terbaru terjadi kepada blog MyIdea. Serangan Virus:
MyIdea http://mimpi916.blogspot.com/2010/09/blog-aku-kena-serang.html
Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut juga ditutup. Entah kerana apa. Ada yang mengatakan oleh SKM, demikian menurut kata WZWH kerana beliau ada sahabat yang bertugas sebagai Pengarah SKM Pahang.
Susah nak dipercayai kerana atas alasan apakah sehingga blog SPU ditutup? Jika atas kesalahan akta Multimedia rasanya susah nak masuk akal kerana bukanlah terlalu sensitif sangat apa yang ditulis disitu. Banyak blog-blog lain yang lebih ganas tetapi tidak dikenakan tindakan; 'Aduka Taruna' kerana menghina kesultanan Johor, 'Namewee' kerana menghina bangsa Melayu dan Kerajaan Malaysia dan banyak lagi yang masih bebas berblog.
Mustahil blog sekecil ini ditutup hanya kerana menulis tentang Wan Amizan, Wok Hitam, Siti yang tidak siapa pun diluar sana mengenalinya. Jadi mustahil blog SPU ditutup atas paksaan SKM Pahang dan terutama sekali atas arahan WZWH kerana tak siapapun mengenali siapa WZWH ini, selain hanya pancacai kepada Si-Dompok.
Sebenarnya orang Jerantut sudah merasa kerinduan atas kehilangan SPU sejak beberapa hari ini. Kita sedang menunggu dan sangat berharap agar SPU segera kembali mewarnai Jerantut ini. Banyak orang luar mengenali Jerantut ini melalui SPU. Orang luar juga berpeluang mengenali masyarakat Jerantut melalui SPU. Benar, SPU adalah pintu kepada blog-blog di Jerantut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam.Memang SPU sebagai pusat rujukan pada blog blog jerantut
Post a Comment