Sunday, June 6, 2010

hari ini AHAD 6/6/2010 pun tiada update


Jam 8.13 pagi
Follower masih sama 9
kaunter 2/70

-------------------------
(Sedikit mengenai..)
ASAL USUL TARIAN INDUNG

Masyarakat Ulu Tembeling percaya bahawa tarian Indung adalah warisan dari Puteri bunian 7 beradik yang pernah satu ketika dulu tinggal di gunung Tujuh, Ulu Tembeling. Gunung Tujuh adalah kerajaan yang diperintah oleh seorang raja yang bernama Raja Besar dan dikelilingi oleh bukit-bukit yang diberi nama Bukit Beringinh, Bukit Saleh, Bukit Baiduri, Bukit Langsat dan Bukit Karim. Raja Besar memerintah dengan adil dan rakyat hidup aman dan damai.

Pada suatu hari Raja Besar bercadang untuk berhuma menanam padi. Maka semua rakyat telah dikerah menebas, menebang, memerun dan menuggal padi. Maka apabila padi sudah membesar Mak Inang dan Dayang-dayang yang mengasuh Puteri Tujuh beradik juga telah turun membantu merumput padi. Oleh kerana mereka turun saban hari maka Puerti Tujuh beradik merasa sunyi dan juga bosan. Mereka hendakkan hiburan serta bersuka-sukaan dengan Mak Inang dan para pengasuh mereka.

Pada suatu malam ketika Puteri bertujuh beradu, mereka bermimpi didatangi seorang Puteri yang mengajar mereka menyanyi dan menari lagu Anak Indung, dalam khayal mereka pandai menyanyi dan menarikan lagu itu. Keesokkannya mereka mencadangkan kepada Inang poengasuh untuk menyanyikan dan menarikan lagu itu semasa mereka turun berhuma.

Dari cerita asal usul tarian Indung dapat kita simpulkan beberapa perkara yang berkaitan dengan sosio-budaya masyarakat berkenaan. Elemen budaya wujud dalam sebuah masyarakat yang 'pre-literate' yang jauh dari pengaruh luar. Keadaan yang terpencil dan hanya boleh dihubungi memalui sungai dalam masa berhari-hari telah memungkinkan keadaan ini.

No comments: