Wednesday, July 7, 2010

KEMANA PERGINYA WZWH?

Kemana perginya WZWH? Kita suka bila dia banyak melatah kerana itu akan lebih besar memberi kesan kepada bosnya Wan Amizan.

Nampaknya blog WZWH tidak kemana. Beliau bukan saja tidak menyerlah sebagai pemimpin pelapis Pemuda UMNo Jerantut kerana YB Wan Amizan sendiri mengkhianatinya bahkan beliau juga tidak menyerlah sebagai blogger.

Idea yang dia rasakan besar tetapi sebenarnya entah apa-apa yang jikalau dibaca oleh menteri akan membuatkan para menteri itu sendiri akan terpaksa mengambil MC beberapa hari. Terlalu besar dan seakan tak tercapai tangan bahkan kadangkala kelihatan sangat jauh ketinggalan dibelakang. Kerana itulah blognya tidak popular dan tidak dibaca ramai, termasuk oleh orang Jerantut sendiri yang menganggapnya sebagai karut.

Kebelakangan ini WZWH juga sudah bersara dari memberi komen-komennya di blog SPU serta blog-blog lain dan kita percaya selepas ni beliau juga akan menutup blognya untuk memberikan tumpuan kepada pengajaran di sekolah. Mungkin dia masih boleh bercita-cita besar dengan menjadi jurulatih skuad bolasepak sekolahnya dan berharap skuad itu akan mampu sertai WorldCup di Brasil tahun 2014 nanti.


Follower baru hanya 11
Counter hanya 9/449


TUESDAY, JULY 6, 2010

Najib Sokong NPP Lembah Tembeling!

YAB PM Najib sokong NPP( nuclear power plant) Lembah Tembeling! Itu tajuk posting WZWH. PM Najib seorang PM yang progresif pemikirannya. WZWH sudah menjangka.

Dasar Nuklear Negara adalah penentu kepada halatuju pertumbuhan dan pembangunan industri negara. Teknologi nuklear memacu pertumbuhan teknologi tinggi negara seperti ekonomi Jepun, China dan Korea Selatan.

Ini ialah idea lama Tun Razak pada tahun 1960an bagi menghadapi krisis tenaga masa depan. Pelajar-pelajar Melayu yang bijak dihantar keluar negara pada tahun 1960an dan awal 1970an untuk belajar nuklear fizik di US, UK dan Rusia. Ini persiapan modal insan Malaysia menguruskan sumber manusia teknologi nuklear.

Sebab itu Agensi Nuklear Malaysia atau PUSPATI ditubuhkan pada 19 September 1972 di Bangi, Selangor. Malaysia sebenarnya sudah ada NPP bersaiz kecil 1MW bagi tujuan penyelidikan.

Malaysia dari geografi terletak dekat garisan Khatulistiwa (Equator) tidak boleh bergantung kepada angin dan solar yang kosnya sangat mahal sebagai sumber tenaga diperbaharui.

Sumber tenaga hidroelektrik terhad, keupayaan biomass juga terhad dan harga arang batu dan gas yang semakin mahal dan meningkat serta bekalan terhad membebankan TNB.

Krisis tenaga akan berlaku menjelang tahun 2019 menurut jangkaan Petronas.

Empangan hidroelektrik Bakun tidak dapat membekalkan elektrik ke Semenanjung Malaysia lantas akan menghadapi cabaran krisis tenaga akan datang.

Kerajaan menjangkakan "reserve margin" 40% bagi Semenanjung Malaysia akan jatuh kepada 0% pada tahun 2017 jika pengeluar IPP tidak disambung kontrak.

Kita lihat Jepun terdapat 55 NPP yang boleh menghasilkan 49500MW bagi keperluan industrinya. Kejayaan Jepun dan China telah mempengaruhi negara-negara di rantau Asia memiliki sumber nuklear seperti China (40 loji), Korea Selatan (18 loji), Taiwan (8 loji), dan Korea Utara (6 loji).

Terbaru Turki telah menandatangani perjanjian bernilai USD20 bilion (RM68 bilion) dengan Rusia untuk membina 4 NPP. Vietnam turut serta USD11 bilion (RM35 bilion) bina 2 NPP berkuasa 4000MW. Menteri Tenaga Vietnam umum mahu bina 8 NPP lagi pada bulan Jun lepas.

Negara-negara rantau Asean telah mengumumkan hasrat mereka untuk membina NPP. Thailand umum pada tahun 2021, Vietnam umum 2018 dan Indonesia umum pada tahun 2016.

Kita boleh lihat perlumbaan pembinaan NPP di rantau Asia dan Asean telah bermula. Jika kita ketinggalan, kita tidak dapat menguasai teknologi nuklear seperti negara Islam Pakistan dan Iran.

China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Korea Utara dan India telah menguasai. Sekarang Thailand, Vietnam, dan Indonesia sudah mengorak langkah.

Malaysia pun mesti bergerak sekarang. Malaysia bukan bermula dari kosong. Malaysia telah menyimpan ilmu nuklear hampir 40 tahun. Hanya menunggu masa untuk dipraktikkan.

Menguasai teknologi nuklear adalah satu prestij bagi imej militari Malaysia, itu yang boleh membezakan Malaysia dengan Singapura.

Laporan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengenal pasti Pahang terutamanya Lembah Tembeling amat sesuai dijadikan tapak cadangan NPP. Cadangan membina NPP telah diluluskan dan akan beroperasi pada tahun 2021.

Maka WZWH mencadangkan kepada kerajaan supaya membina NPP berkuasa 1000MW di Lembah Tembeling, Jerantut, Pahang. Fikirkan projek bernilai RM9 bilion, kesan ekonomi "multiplier effect" kepada Jerantut dan peluang pekerjaan kepada 4000 pekerja. NPP ini hanya memerlukan kawasan tanah seluas 80 hektar sahaja.

Kita akan guna teknologi nuklear generasi ke empat (Fourth Generation NPP) yang lebih selamat, mesra alam, dan tahan lama. Fourth Generation NPP mengitar semula (recycle) sisa nuklear 20-30 kali hingga sisa terakhir amat kurang bahan radioaktif. Sisa yang terakhir ini boleh digunakan bagi tujuan saintifik dan perubatan. Konsep nuclear waste management tidak relevan lagi!

Kebimbangan orang ramai ialah jika berlaku kebocoran radioaktif nuklear, terdedah kepada pancaran gamma, dan NPP meletup. Kita akan pastikan kes Chernobyl tidak akan berulang. Itu kesilapan "human error" bila berlaku perubahan politik kerajaan Kesatuan Soviet Union.

Negara Barat telah mengkritik cara penyelenggaraan NPP Chernobyl yang usang 5 tahun sebelum berlaku letupan.

WZWH ingin memaparkan statistik kemalangan jiwa melibatkan loji tenaga berasaskan sumber tenaga alternatif dari tahun 1972 hingga 1992:

Loji janakuasa dari gas 1200
Loji janakuasa dari hidro 4000
Loji janakuasa dari arang batu 6400
Loji janakuasa dari nuklear 31 paling selamat.

Ingatlah, 40 tahun dulu, pemimpin kita telah menolak hasrat Tun Razak untuk memajukan Jerantut dan Lembah Tembeling dengan cadangan pembinaan Projek Empangan Hidroelektrik beserta dengan infrastruktur-infrastrukturnya. Pemimpin dulu memikirkan projek itu tidak bersesuaian dengan persekitaran pada masa itu.

20 tahun kemudian, sekali lagi Tun Mahathir mahu menghidupkan kembali projek cadangan Tun Razak di Jerantut tetapi malangnya UMNO Bahagian Jerantut sendiri menentangnya. Mungkin ada hikmahnya.

Pemimpin kita tidak anti pembangunan. Sekarang muncul peluang yang ke tiga terhidang di depan mata. Ini masa yang sangat sesuai. Peluang masih ada. YAB Dato' Sri Najib Perdana Menteri Malaysia, orang Pahang.

Kerajaan Perak dan Negeri Sembilan sedang melobi hebat projek NPP ini kerana mereka tahu projek ini boleh membangun kawasan dan menaik taraf ekonomi penduduk. Pahang mesti cepat melobi projek NPP ini sebab itu WZWH sudah ke depan...PM Najib perlu pertimbangkan untuk Jerantut dan Pahang.

PM Najib amat faham Malaysia dan dunia berdepan dengan krisis tenaga. Ekoran kenaikan meningkat harga gas dan arang batu dan bekalan menyusut, keperluan kepada NPP sebagai sumber tenaga alternatif amat terdesak. Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dan seterusnya, industri negara perlu bersaing secara kompetitif dengan ekonomi negara maju.

Teknologi nuklear adalah pemacu kepada pertumbuhan dan pembangunan industri negara. Sebab itu PM Najib menyokong Projek Loji Janakuasa Nuklear di Lembah Tembeling, Jerantut, Pahang bagi kepentingan negara.

Ku Lan Ahli Parlimen Kuantan 2012?

Agak menarik tulisan blog SAKMONGKOL AK47@Dato' Ariff Sabri mengenai "UMNO leadership series: Kuantan". MB mahu parlimen Kuantan diserah kepada UMNO. Pru 12 dulu pengundi Melayu menolak calon MCA juga tsunami tempatan politik pengundi Cina menambah derita.

Menurut analisis SAKMONGKOL AK47, tiada calon UMNO yang "serious" boleh ditonjolkan baik Dato' Wan Adnan Ketua UMNO Bahagian, Dato' Hamid Mandela Timbalan Ketua UMNO Bahagian mahu pun Dato' Shafik Fauzan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuantan.

Sejak dari tahun 1960an, Kuantan memang suka menentang arus politik sebab itu 2 adun PSRM mewakili Kuantan. Sebab itu Fauziah Salleh boleh memenangi parlimen Kuantan 2008 kerana bersungguh-sungguh bekerja kuat memenangi hati pengundi Kuantan, semangat melawan kental Fauziah, cara "intelektual" Fauziah menawan hati base pengundi melalui blognya.

Profile pengundi Kuantan ialah 60% Melayu 40% Cina. Kuantan memerlukan calon UMNO parlimen yang ada kredibiliti, berpendidikan tinggi, bijaksana,berani, kuat kerja. Kuantan mahu pemimpin yang "serious", berpendirian teguh, berazam teguh lagi jitu dan pemimpin memacu memandu.

WZWH berpendapat budaya politik Kuantan sangat sesuai dengan jiwa Ku lan. Dan sememangnya penduduk Kuantan yang mempunyai ramai pengundi berasal dari Pekan mahukan pemimpin mereka kembali merampas parlimen Kuantan.

Satu dari pada kualiti hebat Ku Lan ialah beliau boleh menyatupadukan kumpulan-kumpulan dalam UMNO contoh di UMNO Bahagian Jerantut yang 30 tahun dulu suka "berperang politik" kini harmoni aman damai di bawah kepimpinan Ku Lan.

Ku Lan adalah pemimpin hebat Pahang yang boleh menyatupadukan bukan saja UMNO Kuantan, tapi juga MCA Kuantan dan rakyat Kuantan yang PRU 12 dulu telah undi protes BN.

Jerantut biarkan Kamaruzaman Baria orang kuat PM Najib mengendalikannya lagi pun Ku Lan telah banyak mengajar "ilmu politik" kepada Kamaruzaman Baria. Dato' Azizan Yaakob dan Dato' Wan Abu Bakar boleh membantu Kamaruzaman Baria memenangi parlimen Jerantut 2012 kerana Dato' Wan Amizan menurut penilaian Kamaruzaman Baria "tidak boleh diharapkan"!

MONDAY, JULY 5, 2010

Usul Pemuda WZWH Diterima Tanpa Bahas

Pada 3 Julai 2010, mesyuarat agung UMNO bahagian Jerantut bersidang dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Najib Perdana Menteri Malaysia. Sesunguhnya itulah hari bersejarah UMNO bahagian Jerantut buat pertama kalinya dirasmikan oleh Presiden UMNO selama wujudnya 36 tahun UMNO bahagian Jerantut.

PM Najib memberi "nasihat" secara umum kepada UMNO bahagian Jerantut tentang nilai-nilai perjuangan UMNO. Apa yang sepatutnya pemimpin-pemimpin UMNO buat bagi menarik sokongan rakyat. Berlaku adil sebagai pemimpin.

Sewaktu sesi pembentangan usul, semua usul dari AJK Bahagian, Wanita dan Puteri dibahaskan tetapi usul ekonomi Pemuda UMNO yang WZWH menjadi pembawa usulnya telah diterima tanpa bahas sebulat suara. Tahun lepas usul Pemuda WZWH pun diterima tanpa bahas.

WZWH agak terkilan juga kerana tidak dapat mendemonstrasikan skil orator WZWH dengan penerangan ilmu teknologi nuklear kepada UMNO bahagian Jerantut. Entah kenapa UMNO bahagian Jerantut tiba-tiba melalui Pengerusi Tetapnya telah meminta para perwakilan menyokong usul Pemuda WZWH tanpa bahas.

Kadang-kadang WZWH fikir adakah UMNO bahagian merasakan usul WZWH tidak sampai kepada pemikiran intelektual perwakilan UMNO Jerantut. Sebab itu semasa ucapan penangguhan, ada seorang perwakilan menyoal kenapa usul pemuda WZWH diterima tanpa bahas sepatutnya dibahaskan.

WZWH telah bersedia. WZWH telah berkempen usul Pemuda WZWH selama lebih sebulan dalam blog. 3 hari sebelum mesyuarat UMNO bahagian Jerantut, WZWH telah bersedia dengan segala jawapan bagi setiap hujah-hujah yang menentang usul WZWH.

WZWH tahu...WZWH tidak akan diberi peluang membawa usul Pemuda WZWH tetapi WZWH telah menyerahkan satu sampul surat kepada pegawai Perdana Menteri untuk diberi kepada PM-"Usul ekonomi Pemuda UMNO bahagian Jerantut agak kritis, mohon YAB Dato' Sri analisa". WZWH berharap PM dapat memahaminya....

FRIDAY, JULY 2, 2010

JP Aw Yuet Sam

Jika kita ingin mengenali sesuatu masyarakat maka kita kena jumpa orang tua di tempat itu. Itu yang WZWH buat berjumpa dengan pemimpin veteran Cina di Jerantut.

JP Aw Yuet Sam , berumur 78 tahun pemimpin veteran Cina masih lagi aktif dengan beberapa pertubuhan dan NGO.

Beliau adalah mantan Ketua Kampung atau dipanggil Tok Empat Kampung Sungai Jan (1972-1994). Bekas ahli MCA (1961-1974), sekarang ahli GERAKAN (1982-kini).

Penglibatan sukarela:
  • Bendahari PEMADAM
  • Bendahari Lembaga Pelawat PUSPEN
  • Bendahari Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti
  • Lembaga Pelawat Pusat Bina Diri
  • Penasihat JUVANA
  • AJK Persatuan JP Pahang
  • AJK Gabungan Persatuan Kwang Tung Malaysia
Parlimen Jerantut mempunyai 8500 pengundi Cina. WZWH mahu tahu masyarakat Cina Jerantut, apa permasalahannya dan kehendaknya, kepimpinan kaum Cina Jerantut dan hubungan dengan BN Jerantut.

Ada empat persatuan Cina Jerantut yang besar:
  • Persatuan Cina Kwang Tung
  • Persatuan Cina Kong Sai
  • Persatuan Cina Hokkian
  • Persatuan Cina Hakka
Menurut JP Aw Yuet Sam, MCA Jerantut tidak bersikap adil kepada masyarakat Cina Jerantut. Itu sebab Cikgu Koh Boon Keng menjadi calon Bebas pada PRU 12 dan kini menjadi pemimpin DAP Jerantut. Terdapat 4 cawangan DAP di Jerantut.

Menurut beliau lagi MCA Jerantut hanya menjaga kumpulan kecil tidak melibatkan semua masyarakat Cina Jerantut. MCA suka memberi bola tanggung kepada DAP menyebabkan DAP nampak kuat dan menjuarai isu-isu kaum Cina. MCA yang lemah bukan DAP yang kuat.

Terdapat 7 orang Ketua Kampung Cina di Jerantut. Mereka ini tidak betul-betul menjaga kepentingan kaum Cina keseluruhan di kampung masing-masing tapi lebih sibuk di Pejabat ADUN Damak.

Pemilihan beberapa Ketua Kampung Cina juga agak janggal, contoh di Kampung Batu 57 hanya ada 3 rumah orang Cina tapi diperuntukkan seorang Ketua Kampung. Di Kampung Padang Saujana ada 2 rumah orang Cina juga diperuntukkan seorang Ketua Kampung!

Bagi Lembaga Pelawat Hospital Jerantut bagi kuota MCA daripada 6 Lembaga Pelawat hanya 2 orang tahu berbahasa Melayu.

Rumah-rumah urut tumbuh bagai cendawan terdapat banyak di bandar Jerantut lebih daripada 10 buah. Terdapat rumah-rumah urut yang menawarkan perkhidmatan pelacuran dari pelacur-pelacur dibawa dari negeri China. Ini amat membimbangkan masyarakat Cina Jerantut. Terdapat insiden isteri-isteri pelangggan menyerang rumah urut.

Penduduk Cina Jerantut mahu wakil rakyat yang memberikan perkhidmatan kepada mereka seperti urusan Pejabat Tanah melibatkan tapak rumah dan tanah kebun mereka. Kebanyakan tapak-tapak rumah pajakan (lease) selama 25tahun, 28 tahun, 38 tahun susah pihak bank mahu memberi pinjaman.

Masyarakat Cina Jerantut menyokong penuh Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Najib Perdana Menteri Malaysia untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Bila WZWH bertanya bolehkah BN mendapat kembali sokongan kaum Cina Jerantut pada PRU 13 nanti, JP Aw Yuet Sam secara optimis yakin BN masih boleh memenangi kerusi parlimen Jerantut dengan syarat BN kena tunjuk kerja kepada rakyat dan aturkan kehidupan yang lebih baik.

MONDAY, JUNE 28, 2010

Program Sukaneka Kg Lada DUN Tahan

Program Sukaneka Tahunan kali pertama di adakan di Kampung Lada pada 26-27 Jun 2010. Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan.

Aturcara majlis pada 26 Jun 2010:
Pada petang jam 3.00 petang berkumpul di Masjid. Sembelih lembu oleh kaum lelaki. Persediaan memasak oleh kaum perempuan. Malamnya memasak bersama sehingga masak.

Aturcara majlis pada 27 Jun:
Seawal pagi jam 8.00, penduduk Kampung Lada berkumpul. Taklimat Pegawai/Hakim kejohanan. Acara melukis dan sukaneka bermula. Pukul 11.00 pagi acara selesai.
Jam 12.00 tengahari ucapan Pengerusi Majilis, diikuti ucapan Ketua Kampung Lada, dan yang dinanti ucapan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan.
Jam 12.30 tengahari acara penyampaian hadiah kemudian jamuan makan tengahari.
Acara malamnya selepas solat maghrib, ceramah agama, tajuk "Santapan Rohani". Selepas solat Isyak majlis tamat.

WZWH berpendapat program sebegini amat baik bagi merapatkan hubungan dan perpaduan penduduk Kampung Lada. Perpaduan membuahkan muafakat. Senang Ketua Kampung dan Penghulu buat kerja memajukan kampung. Wakil rakyat pun senang hati melihat kampung-kampung di DUN Tahan aktif, aman, bekerjasama memudahkan wakil rakyat membawa peruntukan.

Sejak YB Dato' Wan Amizan menjadi wakil rakyat di DUN Tahan, rakyat DUN Tahan sangat ceria dan suka kepada carakerja YB Dato' Wan Amizan yang proaktif membawa peruntukan yang sehingga kini berjumlah RM260 juta bagi memajukan DUN Tahan.

DUN Tahan sangat bertuah mempunyai wakil rakyat yang memahami kehendak dan keperluan masyarakat, muda belia sangat kuat bekerja mencari peruntukan memajukan kawasannya. YB Tahan yang sangat pemurah kepada rakyat Tahan yang memerlukan pertolongan diwaktu kesusahan dan kepayahan.

Jika semua YB-YB BN di Jerantut bekerja laju macam Dato' Wan Amizan sudah pasti tentu sukar pembangkang mahu merampas parlimen Jerantut dan 3 DUN.

Perjumpaan Dengan Pemuda Besut

"Malam Ramah Mesra" perjumpaan Pemuda UMNO Besut bersama dengan YB Dato' Wan Amizan EXCO Pemuda UMNO Malaysia telah berlansung di Dewan Terbuka Pejabat Penyelaras UMNO Hulu Besut Terengganu pada 27 Jun 2010.

Ini ialah siri ke dua lawatan kerja YB Dato' Wan Amizan ke bahagian angkat pemuda UMNO Bahagian.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut, Mohd Mahdi bin Musa berbesar hati dengan kehadiran Wan Amizan. Pemuda UMNO Besut mempunyai 155 cawangan pemuda.

Ketika WZWH sampai ke bandar Besut, WZWH kagum dengan mercutanda masjid Besut yang senibinanya menyerupai masjid Cardova di Sepanyol. Bangunan keluli medan selera Besut juga menarik.

Besut mempunyai 1 parlimen dan 4 DUN:
  • parlimen YB Dato' Sri Abdullah Mat Zin BN
  • Adun Kuala Besut YB Dr Rahman Mokthar BN
  • Adun Kota Putera YB Hj Mohd Fehemi bin Yusuf BN
  • Adun Jertih YB Dato' Sri Hj Idris Jusuh BN

Parlimen Besut mempunyai pengundi seramai 60000. YB Dato' Sri Hj Idris Jusuh merupakan mantan Menteri Besar Terengganu 2004-2008. Beliau banyak memajukan Terengganu dan Besut.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian dari Kelantan. Program tidak rasmi secara santai begini amat berkesan dan cukup bermakna merapatkan hubungan silaturahim antara pemuda UMNO Pantai Timur.

Antara program-program pemuda UMNO Bahagian Besut yang kreatif dan menarik minat WZWH ialah:
  • Program Skrin Gergasi menonton perlawanan bolasepak piala dunia bersama ahli-ahli pemuda UMNO Bahagian. Berbagai pengisian program pemuda diatur.
  • Perjumpaan pemuda UMNO dengan seluruh guru-guru Besut yang berumur dibawah umur 40 tahun. Guru adalah tulang belakang UMNO sebelum ini. Guru berada di mana-mana di dalam masyarakat.

SATURDAY, JUNE 26, 2010

Malam Kebudayaan Parlimen Jerantut

Malam kebudayaan dan kesenian parlimen Jerantut telah diadakan di Kuala Tahan Jerantut pada 25 Jun 2010 malam Jumaat lalu. Jemputan khas oleh Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Orkestra DBKL mengiringi persembahan artis-artis DBKL telah menghiburkan penduduk di DUN Tahan. Persembahan tarian tradisional dan moden cukup memukau para penonton terutama para pelancung dari luar negeri.

Ketibaan YBM Tengku Dato' Sri Azlan ibni Sultan Abu Bakar diiringi YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan tepat pukul 9.00 malam.

Persembahan pembukaan membuka majlis. Diikuti ucapan aluan Pengerusi Majlis dan nyanyian lagu Negaraku.

YBM Ku Lan turut berkenan menyampai hamper untuk ibu tunggal. Seterusnya persembahan oleh Kumpulan Kebudayaan DBKL sehingga pukul 12 malam.

WZWH menilai persembahan muzik Orkestra DBKL bertaraf A. Persembahan yang jarang boleh dinikmati di kampung luar bandar. YBM Ku Lan menyatakan akan bawa orkestra yang sama membuat persembahan di bandar Jerantut.

Tapi WZWH tidak lama menikmati Malam Kebudayaan dan Kesenian parlimen Jerantut kerana bergegas balik ke Jerantut kerana esok hari persidangan mesyuarat perwakilan pergerakan pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH percaya oleh kerana kita orang Melayu sudah melupakan kebudayaan dan kesenian seperti permainan dan tarian tradisional atau aktiviti-aktiviti yang selalu dilakukan oleh generasi lama maka jiwa orang Melayu kosong sebab itu ramai anak-anak muda melakukan kegiatan tidak sihat seperti merempit, dadah, gejala-gejala sosial negatif kerana tiada aktiviti yang boleh memberikan mereka kehalusan, kepuasan, fokus minda.

No comments: