Tuesday, July 13, 2010

DARI BLOG DUN TAHAN

Ada satu orang bernama YBB menulis diblognya seperti dibawah ini, dan ada juga satu orang komen postingnya begitu. Hmmm, tentu adil dan saksama, dunia sama rata, huhu;


Persidangan perwakilan UMNO bahagian Jerantut,telah selesai namun cadangan dan pandangan umum kepada kepimpinan UMNO bahagian masih jauh dari hati mereka kenapa,lihatlah keputusan pilihanraya UMUM 2008 ke 12 berasaskan kedudukkan Jk UMNO bahagian jerantut,berapakah bilangan AJK daripada Dun Damak:- Dato Ahmad Bazain Bin Mahmood,Cawangan Kampung Baru,Dato Haji Rosdi Awang sulong,Pegawai Khas YBM,Ketua Cawangan LKNP,tempat bertapaknya orang P Tawar,Haji Kamaruzaman Baria,Abd Ghafar Haji mutalib,Nizam Mohd Hassan,Hj Nazlan Idris,Haji Ahmad Jaafar,Khadijah Said(Wok Hitam)Dato Halim Jalil,Siti Hajar Bin Mubin,Jalaluddin Bin Ghazali,Us Hamzah,dan tak kurang hebatnya Zaharuddin bin abd Rahman,dikawasan Jerantut hilir juga terdapat ramai AJK UMNO bahagian yang saya dah sebut tadi,persoalanya kenapa undi BN bagi parlimen Jerantut kalah 1980 dan undi Merosot tahun 2004 majoriti 8122 kini majoriti 1946 kenapa begitu teruk dikawasan Dun Damak.

Barang diingat jumlah keluar mengundi masih rendah berbanding tahun sebelumnya,peratusan keluar mengundi hanya 78.01% dan hampir 10,734 orang tidak mengundi,apakah jika mereka keluar mengundi mereka akan pilih PKR atau mereka ini ahli BN,maka adalah menjadati tangungjawab semua untuk kenal pasti dan bawa mereka ini kemedan pertempuran sebenar,merujuk kepada fakta ini UMNO/BN perlu diperkasakan.

Jumlah pengundi Dun Damak,19,412 keluar mengundi 14,203(79%) BN Perolehi 5930 BN kalah dengan majoriti -8667 tidak keluar mengundi 4,815.undi rosak 363.

Jumlah Pengundi Dun P Tawar 18,074 keluar mengundi 14,336 (79%) BN Perolehi 8,312 PAS perolhi 5522 majoriti BN 2790 tidak keluar mengundi 4,240.Undi rosak 224

Jumlah Pengundi Dun Tahan 11,326 Keluar Mengundi 8,937 (81.6%) BN perolehi 4,977 Pas Perolehi 3,960 BN majoriti 1,017 tidak keluar mengundi 2,389 kertas undi rosak 207,inilah keputusan pilihanraya peringkat parlimen Jerantut.

Apakah JK UMNO bahagian faham fakta ini maka disebabkan itulah usul untuk memenangi kembali hati rakyat bagi mengujudkan gerak kerja yang terbaik bagi Dun Damak perlu dilakukan,kehadiran 126 taman perumahan harus dilihat dengan positif untuk kebaikkan BN

1 COMMENTS:

sembang kedai kopi said...

Salam.sapa yang nak undi UMNO kalau pemimpin pemimpin UMNO hanya perpolitik untuk kepentingan diri mereka sahaja?.

8 comments:

Anonymous said...

Saya sokong penuh 23 orang AJK kena tebang batang pisang arahan ybb. tk

Anonymous said...

mungkin ajk bhg dari dun damak tu mereka berusaha untuk pulihkan kawasan tetapi masih tidak berjaya maklumlah dun damak ini adalah pungkor pembangkan zaman berzaman, sejak dari dulu lagi.. DUN Damak ini tempat bertapaknya Malayu PAS, Cina (MCA, DAP, BEBAS), India (MIC, DAP, BEBAS) dll. Harap org BN tidak membiarkan kws dikatakan hitam ini...

Anonymous said...

diakui sejak dulu lagi ajk dalam bhg ini ramai datang dari dun damak, mungkin dari dun damak ini ramai yang berjiwa pemimpin..

Kita tak boleh salahkan ajk bhg sahaja, mungkin mereka telah mencuba sedaya upaya menjalankan tanggung jawab untuk memenangi hati rakyat tetapi gagal, kajian harus dilakukan dengan teliti dan laksanakan strategi berkesan utk atasi

Mungkin faktor-faktor ini puncanya:
1. Pengundi Cina dan India sudah kurang setia dengan BN
2. Pengundi Melayu tidak berminat dengan calon dari Cina
3. Pembangkang telah bertapak lama di DUN Damak
4. Sikap ahli BN sendiri yang sanggup membantu pembangkang kerana dengki khianat
5. Janji pemimpin penyebab ahli UMNO berpaling tadah

Anonymous said...

Banyak faktor kenapa susah sngat untuk tingkatkan undi DUN Damak ni ke BN:
1) Org Cina dan India (ahli BN) dah nak cuba sabotaj BN, dok kata krjaan dok bantu org melayu je..
2) Org Melayu tak nak calon drp Cina sb jumlah pengundi yg paling ramai ialah org melayu
3) Org BN (ahli MCA, MIC, UMNO) merajuk hati kerana krjaan dan pemimpin parti tak layan permohonan mereka
4) Maka jadilah DUN Damak ni PUNGKOR pembangkang
5) dll....

AJK Bhg yang terdiri dari org DUN Damak tu, mereka dah kerja keras dah..., ibaratkan kalau pasir yang dah lama dibiarkan dah menjadi batu, bukan senang nak pecahkan batu tu. Kalau komponen BN bersatu, Pemimpin layan org kampung melayu, hajat org DUN Damak dapat diselesaikan, pasti batu tu dapat dipecahkan..

Pembangkang bukan kuat sangat, kita harap dimasa depan org BN jangan dok cuba letupkan diri sendiri..

Anonymous said...

Jangan sekat kehendak ahli, sejak dahulu lagi kebanyakan pemimpin UMNO Bahagian Jerantut ini datangnya dari DUN Damak

Walaupun pembangkang dikatakan kuat di DUN Damak, kalau tidak silap tidak pernah sekalipun DUN Damak ini dirampas pembangkang. Kita tidak boleh menyalah dan menudingkan sesiapa, kalau kita merasakan DUN Damak ini kritikal, UMNO Bahagian mesti bersepadu menggerakkan seluruh jentera (org DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak) sama-sama mengatasi masalah ini.

Anonymous said...

Betul apa kata penulis YBB tu,
Banyak AJK dalam DUN Damak hanya nak menang Jawatan untuk guna cari makan sahaja. Lepas menang sibuk cebek jawatan kehulu kehilir bawa lesen, syarikat cari makan, projek jumpa pemimpin kononnya aku AJK Bahagian.

Macam Dr Shukri tu haa... dah jadi wakil rakyat, kampung sendiri tak jaga. Betul lah kawasan Pulau Tawar tapi tak boleh jaga ke kampung sendiri. Tiap-tiap kali pilihanraya peti undi disitu kalah.

Lepas itu habis dijualnya nya jerantut nih kecina.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Pendua,
Kenapa Pendua tidak buat posting lagi. Kenapa tidak CnP blog WZWH lagi. WZWH nak tahu blog WZWH ada virus lagi ke? Bill Gates ada hantar pakar virus dia cuci blog WZWH baru ni. Banyak betul virus sampai Cawan Tembaga, Urag Drrulug dan Patpatsikulipat pun "sakit" ekekekeke...

Anonymous said...

tak semua pemimpin yang ada tu macam tu, hanya segelintir sahaja, pemimpin-pemimpin dipihak sebelahpun ada juga yang berkepentingan.., kalau benar terbukti adanya penyelewengan, ahli mesti berperanan mengambil tindakan melalui persidangan

adalah tersangat rugi kalau kita amanahkan pememerintahan ini kepada mereka yang tidak arif, sedangkan pemerintah sekarang sudah terbukti pengalamannya