Wednesday, September 29, 2010

SPU DITUTUP?

Gambar hiasan: Sebuah majalan remaja antarabangsa yang tersohor


Banyak blog telah tutup, secara sukarela atau terpaksa. Secara sukarela mungkin kerana sudah jemu berblog atau berpindah alamat kealamat baru dengan blog yang lebih mantap. Sepertimana blog NOBISHA dan PISAU.
Blog ditutup secara sukarela: Penjaga Ketuanan Melayu http://penjagaketuananmelayu.blogspot.com/2010/08/blog-ini-akan-ditutup.html
NOBISHA http://nobisha.blogspot.com/2010/09/blog-ini-ditutup_27.html


Selain itu ada blog yang terkena serangan virus Malware. Ini banyak terjadi dalam minggu lepas. Bahkan terjadi juga pada blog Tun Dr. Mahathir. Selain itu blog House PK, Gomo, Waadat, Bumiyang, Beranikan Hati dan banyak lagi termasuk laporan terbaru terjadi kepada blog MyIdea. Serangan Virus:
MyIdea http://mimpi916.blogspot.com/2010/09/blog-aku-kena-serang.html

Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut juga ditutup. Entah kerana apa. Ada yang mengatakan oleh SKM, demikian menurut kata WZWH kerana beliau ada sahabat yang bertugas sebagai Pengarah SKM Pahang.

Susah nak dipercayai kerana atas alasan apakah sehingga blog SPU ditutup? Jika atas kesalahan akta Multimedia rasanya susah nak masuk akal kerana bukanlah terlalu sensitif sangat apa yang ditulis disitu. Banyak blog-blog lain yang lebih ganas tetapi tidak dikenakan tindakan; 'Aduka Taruna' kerana menghina kesultanan Johor, 'Namewee' kerana menghina bangsa Melayu dan Kerajaan Malaysia dan banyak lagi yang masih bebas berblog.

Mustahil blog sekecil ini ditutup hanya kerana menulis tentang Wan Amizan, Wok Hitam, Siti yang tidak siapa pun diluar sana mengenalinya. Jadi mustahil blog SPU ditutup atas paksaan SKM Pahang dan terutama sekali atas arahan WZWH kerana tak siapapun mengenali siapa WZWH ini, selain hanya pancacai kepada Si-Dompok.

Sebenarnya orang Jerantut sudah merasa kerinduan atas kehilangan SPU sejak beberapa hari ini. Kita sedang menunggu dan sangat berharap agar SPU segera kembali mewarnai Jerantut ini. Banyak orang luar mengenali Jerantut ini melalui SPU. Orang luar juga berpeluang mengenali masyarakat Jerantut melalui SPU. Benar, SPU adalah pintu kepada blog-blog di Jerantut.

Wednesday, September 22, 2010

KESEDARAN TENTANG BLOG

Anuar Ibrahim pun masih pandai berdangdut
walaupun pentasnya tinggi rendah


Dengar khabarnya ada pemimpin Wanita UMNO Jerantut menuduh blog SPU sebagai 'master mind' blog-blog di Jerantut ini. Nampak sungguh dia tidak tahu tentang media sosial dan blog. Pengetahuannya tentang blog sangat sedikit yang dia ada dan banyak adalah pengetahuan tentang 'bobok'.

Adalah biasa didalam satu-satu blog memberi pautan (link) kepada blog-blog lain. Namun itu bukan bermaksud bahawa tulisan dan padangan diblog berkenaan sama dengan pandangan pemilik blog yang memberi link itu dan blog yang memberi link tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan diblog yang dilinkkannya. Kerana itu kadang-kadang kita melihat sebuah blog yang menyokong kerajaan juga memberikan link kepada blog yang bukan menyokong kerajaan. Ini dilakukan hanya kerana memberi peluang bacaan dan menilai pandangan lain mengenai satu-satu isu.

Kepada pemimpin berkenaan yang masih bodoh sombong saya ingin sarankan supaya cuba belajar dan fahami dengan sunguh-sungguh berkanaan peralatan media sosial ini kerana ini adalah alat media masa kini dan masa depan.

Janganlah tidak pandai menari lalu dikatakan lantai yang tinggi rendah.


Tuesday, September 21, 2010

PEMBELA RAKYAT KITA




Hang Tuah Glokal kita adalah ADUN kita. Cubalah bayangkan dan agak2 sapa kah dia?

Saturday, September 18, 2010

RUMAH REHAT YANG DIPERTIKAI

Cantik, memang cantik, memang taraf 7 bintang ni,
bagi haiwan ternakan lah


Pintu ni pun tak mampu tukar? Kata beribu-ribu punya belanja?
MDJ tak siasat ke? MB Pahang tak tau ke?



Banyak blog Jerantut menulis mengenai Pengusaha Rest House Jerantut. Tidak wajar masih mengusahakan Rest House kerana tidak berbayar. Sudah lebih 4 Tahun. Ini diperakui oleh Mesyuarat Majlis Daerah Jerantut. Boleh tanya Ahli Mesyuarat Majlis kesahihannya atau dapatkan minit mesyuarat Ahli Majlis.


Pengusaha menafikan dengan menyatakan bahawa mereka sebaliknya membelanjakan beribu-ribu ringgit bagi membaik-pulih bangunan berkenaan. Pengusaha mendapat persetujuan bertulis dari MB Pahang, pengecualian mambayar atas alasan membaik-pulih. Di maklumkan, dalam masa sama ada 3 tuntutan membaik-pulih sebuah Rest House yang sudah sesuai jadi pusat pengumpulan barang-barang lusuh itu.


Pejabat Menteri Besar gagal melakukan siasatan atau memang enggan menyiasat. Pengusaha tetap dibenarkan menjalankan operasi. Yang terinaya adalah Syarikat Masmira Enterprise yang sebenarnya membelanjakan bagi baik-pulih bangunan berkenaan. Gagal menerima bayaran, syarikat berkenaan telah membawa perkara ini ke mahkamah. Perkara ini berlarutan.


Mengapa pejabat MB gagal mencari kebenaran sehingga yang benar terianaya oleh pihak yang salah. Apakah ada berlaku tumbuk rusuk atau jelasnya rasuah dimana-mana? SPRM mungkin perlu melakukan siasatan. Rakyat Jerantut semua sudah mengetahui perkara ini. Tak mungkin MB masih tidak mengetahuinya? Tak mungkin MB sebodoh itu? Atau ya, mungkin MB benar-benar bodoh dan sudah di mendremkan. Atau pun mungkin Majlis Daerah? Atau Setiausaha dan Yang Di Pertuanya?


Sesuatu harus dilakukan. Kerajaan mesti tegas dalam menyelesaikan perkara ini. Kredebiliti kerajaan negeri dan UMNO mesti dibersihkan. Kalau gagal, kesannya pada PRU13 nanti tentu bukan sedikit. Yang bersalah mesti dikenakan tindakan. Pengusaha mesti dihentikan dari menjalankan operasi.


Menurut kenyataan, ratusan ribu ringgit telah dibelanjakan untuk membaik-pulih bangunan berkenaan. Tetapi sewaktu saya mengunjungi bangunan berkenaan beberapa minggu lalu, saya mandapati pintu dibangunan diatas dalam keadaan yang sangat menyedihkan. (Sila lihat gambar diatas)


Jika beginilah keadaan pintu Rest House yang sudah dibaik-pulih, mungkin bangunan ini tidak lagi patut digunakan sebagai tempat penginapan. Sesuai sebagai pintu raban ayam atau mungkin lebih sesuai sebagai tempat pengumpulan barang-barang lusuh. Atau tempat menyimpan tokoh politik UMNO yang sudah lusuh dan tidak layak lagi untuk dikitar semula.


Mungkin kita boleh namakan mereka itu bermula dengan pengusaha bangunan itu sendiri dan MB Pahang dan…….dan….dan….?


Wednesday, September 15, 2010

ObO - YANG BENAR DAN YANG SALAH

Sudah lama saya perhatikan blog ObO. Tulisannya bukanlah baik sangat, kebanyakkannya hanya membodek WZWH. Mungkin ini blog WZWH sendiri atau pecacai penjilat bontot WZWH. Mungkin juga seorang yang suka jalan belakang - gay lah gamaknya tu.

Bagaimanapun tulisannya kali ini kelihatan lebih baik dan menampakkan dia seorang yang sedikit berakal dan bijak. Pembacanya pun dah makin banyak, kalau nak banding dengan blog Laksa-mana Jilat tu, tentu dia lebih berjaya, hehe.

Saya CnP sepenuhnya tulisan beliau dibawah ini:


YANG BENAR DAN YANG SALAH.

Suasana berhari saya masih terasa. Seronoknya bila dapat berjumpa sanak saudara dan baik ke kampong halaman. Terlupa seketika pada blog picisan dan haprak saya ni.

Semalam bila buka internet dan melihat blog patpatsikulipat saya jadi terkejut berok dengan apa yang diperkatakan dalam posting dan keganasan komen-komen tahap bebal dari pembaca blog itu.

Bukan menyebelahi mana-mana pihak, tetapi pertama saya mengecam perbuatan mengaibakan orang secara keterlaluan. Kesian Kak Wok Hitam tu. Rasanya nak bernafas pun dan tersekat-sekat kerana diperkatakan sampai kedasar.

Bagaimanapun saya kecewa dengan cara berfikir orang UMNO Jerantut yang cuma menyalahkan blogger patpatsikulipat sedangkan apa yang diperkatakan itu ada kebenarannya. Apakah menyatakan kesalahan pemimpin itu juga satu kesalahan? Apakah pemimpin boleh lakukan sesuka hati mereka? Ingatkan kata Tun Mahathir bahawa pemimpin bukan saja mesti bersih tetapi juga mesti nampak bersih?

Ada pihak yang menyalahkan blogger seolah-olah bloggerlah yang merosakkan UMNO. Tetapi jika pemimpin itu tidak melakukan sesuatu yang salah dan buruk mampukah blogger menyalahkan mereka?

Saya membaca di blog SPU pagi tadi dan saya bersetuju dengan pendapatnya walaupun tidak semua. Kenapa orang menyalahkan apa yang patpatsikulipat katakan tetapi tidak salahkan apa yang WZWH katakan. Yang nyata adalah WZWH melakukan lebih besar kerosakan pada UMNO Jerantut kerana beliau mengecam tokoh-tokoh penting Jerantut berbanding patpatsikulipat hanya mengecam Kak Woh Hitam yang bukanlah sesiapa melainkan melukut ditepi gantang.

Jika berfikir dan menilai yang mana benar dan yang mana salahpun UMNO Jerantut tidak mampu, bagaimana perkara yang lebih penting dapat diubah?

Tuesday, July 13, 2010

DARI BLOG DUN TAHAN

Ada satu orang bernama YBB menulis diblognya seperti dibawah ini, dan ada juga satu orang komen postingnya begitu. Hmmm, tentu adil dan saksama, dunia sama rata, huhu;


Persidangan perwakilan UMNO bahagian Jerantut,telah selesai namun cadangan dan pandangan umum kepada kepimpinan UMNO bahagian masih jauh dari hati mereka kenapa,lihatlah keputusan pilihanraya UMUM 2008 ke 12 berasaskan kedudukkan Jk UMNO bahagian jerantut,berapakah bilangan AJK daripada Dun Damak:- Dato Ahmad Bazain Bin Mahmood,Cawangan Kampung Baru,Dato Haji Rosdi Awang sulong,Pegawai Khas YBM,Ketua Cawangan LKNP,tempat bertapaknya orang P Tawar,Haji Kamaruzaman Baria,Abd Ghafar Haji mutalib,Nizam Mohd Hassan,Hj Nazlan Idris,Haji Ahmad Jaafar,Khadijah Said(Wok Hitam)Dato Halim Jalil,Siti Hajar Bin Mubin,Jalaluddin Bin Ghazali,Us Hamzah,dan tak kurang hebatnya Zaharuddin bin abd Rahman,dikawasan Jerantut hilir juga terdapat ramai AJK UMNO bahagian yang saya dah sebut tadi,persoalanya kenapa undi BN bagi parlimen Jerantut kalah 1980 dan undi Merosot tahun 2004 majoriti 8122 kini majoriti 1946 kenapa begitu teruk dikawasan Dun Damak.

Barang diingat jumlah keluar mengundi masih rendah berbanding tahun sebelumnya,peratusan keluar mengundi hanya 78.01% dan hampir 10,734 orang tidak mengundi,apakah jika mereka keluar mengundi mereka akan pilih PKR atau mereka ini ahli BN,maka adalah menjadati tangungjawab semua untuk kenal pasti dan bawa mereka ini kemedan pertempuran sebenar,merujuk kepada fakta ini UMNO/BN perlu diperkasakan.

Jumlah pengundi Dun Damak,19,412 keluar mengundi 14,203(79%) BN Perolehi 5930 BN kalah dengan majoriti -8667 tidak keluar mengundi 4,815.undi rosak 363.

Jumlah Pengundi Dun P Tawar 18,074 keluar mengundi 14,336 (79%) BN Perolehi 8,312 PAS perolhi 5522 majoriti BN 2790 tidak keluar mengundi 4,240.Undi rosak 224

Jumlah Pengundi Dun Tahan 11,326 Keluar Mengundi 8,937 (81.6%) BN perolehi 4,977 Pas Perolehi 3,960 BN majoriti 1,017 tidak keluar mengundi 2,389 kertas undi rosak 207,inilah keputusan pilihanraya peringkat parlimen Jerantut.

Apakah JK UMNO bahagian faham fakta ini maka disebabkan itulah usul untuk memenangi kembali hati rakyat bagi mengujudkan gerak kerja yang terbaik bagi Dun Damak perlu dilakukan,kehadiran 126 taman perumahan harus dilihat dengan positif untuk kebaikkan BN

1 COMMENTS:

sembang kedai kopi said...

Salam.sapa yang nak undi UMNO kalau pemimpin pemimpin UMNO hanya perpolitik untuk kepentingan diri mereka sahaja?.

Wednesday, July 7, 2010

KEMANA PERGINYA WZWH?

Kemana perginya WZWH? Kita suka bila dia banyak melatah kerana itu akan lebih besar memberi kesan kepada bosnya Wan Amizan.

Nampaknya blog WZWH tidak kemana. Beliau bukan saja tidak menyerlah sebagai pemimpin pelapis Pemuda UMNo Jerantut kerana YB Wan Amizan sendiri mengkhianatinya bahkan beliau juga tidak menyerlah sebagai blogger.

Idea yang dia rasakan besar tetapi sebenarnya entah apa-apa yang jikalau dibaca oleh menteri akan membuatkan para menteri itu sendiri akan terpaksa mengambil MC beberapa hari. Terlalu besar dan seakan tak tercapai tangan bahkan kadangkala kelihatan sangat jauh ketinggalan dibelakang. Kerana itulah blognya tidak popular dan tidak dibaca ramai, termasuk oleh orang Jerantut sendiri yang menganggapnya sebagai karut.

Kebelakangan ini WZWH juga sudah bersara dari memberi komen-komennya di blog SPU serta blog-blog lain dan kita percaya selepas ni beliau juga akan menutup blognya untuk memberikan tumpuan kepada pengajaran di sekolah. Mungkin dia masih boleh bercita-cita besar dengan menjadi jurulatih skuad bolasepak sekolahnya dan berharap skuad itu akan mampu sertai WorldCup di Brasil tahun 2014 nanti.


Follower baru hanya 11
Counter hanya 9/449


TUESDAY, JULY 6, 2010

Najib Sokong NPP Lembah Tembeling!

YAB PM Najib sokong NPP( nuclear power plant) Lembah Tembeling! Itu tajuk posting WZWH. PM Najib seorang PM yang progresif pemikirannya. WZWH sudah menjangka.

Dasar Nuklear Negara adalah penentu kepada halatuju pertumbuhan dan pembangunan industri negara. Teknologi nuklear memacu pertumbuhan teknologi tinggi negara seperti ekonomi Jepun, China dan Korea Selatan.

Ini ialah idea lama Tun Razak pada tahun 1960an bagi menghadapi krisis tenaga masa depan. Pelajar-pelajar Melayu yang bijak dihantar keluar negara pada tahun 1960an dan awal 1970an untuk belajar nuklear fizik di US, UK dan Rusia. Ini persiapan modal insan Malaysia menguruskan sumber manusia teknologi nuklear.

Sebab itu Agensi Nuklear Malaysia atau PUSPATI ditubuhkan pada 19 September 1972 di Bangi, Selangor. Malaysia sebenarnya sudah ada NPP bersaiz kecil 1MW bagi tujuan penyelidikan.

Malaysia dari geografi terletak dekat garisan Khatulistiwa (Equator) tidak boleh bergantung kepada angin dan solar yang kosnya sangat mahal sebagai sumber tenaga diperbaharui.

Sumber tenaga hidroelektrik terhad, keupayaan biomass juga terhad dan harga arang batu dan gas yang semakin mahal dan meningkat serta bekalan terhad membebankan TNB.

Krisis tenaga akan berlaku menjelang tahun 2019 menurut jangkaan Petronas.

Empangan hidroelektrik Bakun tidak dapat membekalkan elektrik ke Semenanjung Malaysia lantas akan menghadapi cabaran krisis tenaga akan datang.

Kerajaan menjangkakan "reserve margin" 40% bagi Semenanjung Malaysia akan jatuh kepada 0% pada tahun 2017 jika pengeluar IPP tidak disambung kontrak.

Kita lihat Jepun terdapat 55 NPP yang boleh menghasilkan 49500MW bagi keperluan industrinya. Kejayaan Jepun dan China telah mempengaruhi negara-negara di rantau Asia memiliki sumber nuklear seperti China (40 loji), Korea Selatan (18 loji), Taiwan (8 loji), dan Korea Utara (6 loji).

Terbaru Turki telah menandatangani perjanjian bernilai USD20 bilion (RM68 bilion) dengan Rusia untuk membina 4 NPP. Vietnam turut serta USD11 bilion (RM35 bilion) bina 2 NPP berkuasa 4000MW. Menteri Tenaga Vietnam umum mahu bina 8 NPP lagi pada bulan Jun lepas.

Negara-negara rantau Asean telah mengumumkan hasrat mereka untuk membina NPP. Thailand umum pada tahun 2021, Vietnam umum 2018 dan Indonesia umum pada tahun 2016.

Kita boleh lihat perlumbaan pembinaan NPP di rantau Asia dan Asean telah bermula. Jika kita ketinggalan, kita tidak dapat menguasai teknologi nuklear seperti negara Islam Pakistan dan Iran.

China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Korea Utara dan India telah menguasai. Sekarang Thailand, Vietnam, dan Indonesia sudah mengorak langkah.

Malaysia pun mesti bergerak sekarang. Malaysia bukan bermula dari kosong. Malaysia telah menyimpan ilmu nuklear hampir 40 tahun. Hanya menunggu masa untuk dipraktikkan.

Menguasai teknologi nuklear adalah satu prestij bagi imej militari Malaysia, itu yang boleh membezakan Malaysia dengan Singapura.

Laporan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengenal pasti Pahang terutamanya Lembah Tembeling amat sesuai dijadikan tapak cadangan NPP. Cadangan membina NPP telah diluluskan dan akan beroperasi pada tahun 2021.

Maka WZWH mencadangkan kepada kerajaan supaya membina NPP berkuasa 1000MW di Lembah Tembeling, Jerantut, Pahang. Fikirkan projek bernilai RM9 bilion, kesan ekonomi "multiplier effect" kepada Jerantut dan peluang pekerjaan kepada 4000 pekerja. NPP ini hanya memerlukan kawasan tanah seluas 80 hektar sahaja.

Kita akan guna teknologi nuklear generasi ke empat (Fourth Generation NPP) yang lebih selamat, mesra alam, dan tahan lama. Fourth Generation NPP mengitar semula (recycle) sisa nuklear 20-30 kali hingga sisa terakhir amat kurang bahan radioaktif. Sisa yang terakhir ini boleh digunakan bagi tujuan saintifik dan perubatan. Konsep nuclear waste management tidak relevan lagi!

Kebimbangan orang ramai ialah jika berlaku kebocoran radioaktif nuklear, terdedah kepada pancaran gamma, dan NPP meletup. Kita akan pastikan kes Chernobyl tidak akan berulang. Itu kesilapan "human error" bila berlaku perubahan politik kerajaan Kesatuan Soviet Union.

Negara Barat telah mengkritik cara penyelenggaraan NPP Chernobyl yang usang 5 tahun sebelum berlaku letupan.

WZWH ingin memaparkan statistik kemalangan jiwa melibatkan loji tenaga berasaskan sumber tenaga alternatif dari tahun 1972 hingga 1992:

Loji janakuasa dari gas 1200
Loji janakuasa dari hidro 4000
Loji janakuasa dari arang batu 6400
Loji janakuasa dari nuklear 31 paling selamat.

Ingatlah, 40 tahun dulu, pemimpin kita telah menolak hasrat Tun Razak untuk memajukan Jerantut dan Lembah Tembeling dengan cadangan pembinaan Projek Empangan Hidroelektrik beserta dengan infrastruktur-infrastrukturnya. Pemimpin dulu memikirkan projek itu tidak bersesuaian dengan persekitaran pada masa itu.

20 tahun kemudian, sekali lagi Tun Mahathir mahu menghidupkan kembali projek cadangan Tun Razak di Jerantut tetapi malangnya UMNO Bahagian Jerantut sendiri menentangnya. Mungkin ada hikmahnya.

Pemimpin kita tidak anti pembangunan. Sekarang muncul peluang yang ke tiga terhidang di depan mata. Ini masa yang sangat sesuai. Peluang masih ada. YAB Dato' Sri Najib Perdana Menteri Malaysia, orang Pahang.

Kerajaan Perak dan Negeri Sembilan sedang melobi hebat projek NPP ini kerana mereka tahu projek ini boleh membangun kawasan dan menaik taraf ekonomi penduduk. Pahang mesti cepat melobi projek NPP ini sebab itu WZWH sudah ke depan...PM Najib perlu pertimbangkan untuk Jerantut dan Pahang.

PM Najib amat faham Malaysia dan dunia berdepan dengan krisis tenaga. Ekoran kenaikan meningkat harga gas dan arang batu dan bekalan menyusut, keperluan kepada NPP sebagai sumber tenaga alternatif amat terdesak. Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dan seterusnya, industri negara perlu bersaing secara kompetitif dengan ekonomi negara maju.

Teknologi nuklear adalah pemacu kepada pertumbuhan dan pembangunan industri negara. Sebab itu PM Najib menyokong Projek Loji Janakuasa Nuklear di Lembah Tembeling, Jerantut, Pahang bagi kepentingan negara.

Ku Lan Ahli Parlimen Kuantan 2012?

Agak menarik tulisan blog SAKMONGKOL AK47@Dato' Ariff Sabri mengenai "UMNO leadership series: Kuantan". MB mahu parlimen Kuantan diserah kepada UMNO. Pru 12 dulu pengundi Melayu menolak calon MCA juga tsunami tempatan politik pengundi Cina menambah derita.

Menurut analisis SAKMONGKOL AK47, tiada calon UMNO yang "serious" boleh ditonjolkan baik Dato' Wan Adnan Ketua UMNO Bahagian, Dato' Hamid Mandela Timbalan Ketua UMNO Bahagian mahu pun Dato' Shafik Fauzan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuantan.

Sejak dari tahun 1960an, Kuantan memang suka menentang arus politik sebab itu 2 adun PSRM mewakili Kuantan. Sebab itu Fauziah Salleh boleh memenangi parlimen Kuantan 2008 kerana bersungguh-sungguh bekerja kuat memenangi hati pengundi Kuantan, semangat melawan kental Fauziah, cara "intelektual" Fauziah menawan hati base pengundi melalui blognya.

Profile pengundi Kuantan ialah 60% Melayu 40% Cina. Kuantan memerlukan calon UMNO parlimen yang ada kredibiliti, berpendidikan tinggi, bijaksana,berani, kuat kerja. Kuantan mahu pemimpin yang "serious", berpendirian teguh, berazam teguh lagi jitu dan pemimpin memacu memandu.

WZWH berpendapat budaya politik Kuantan sangat sesuai dengan jiwa Ku lan. Dan sememangnya penduduk Kuantan yang mempunyai ramai pengundi berasal dari Pekan mahukan pemimpin mereka kembali merampas parlimen Kuantan.

Satu dari pada kualiti hebat Ku Lan ialah beliau boleh menyatupadukan kumpulan-kumpulan dalam UMNO contoh di UMNO Bahagian Jerantut yang 30 tahun dulu suka "berperang politik" kini harmoni aman damai di bawah kepimpinan Ku Lan.

Ku Lan adalah pemimpin hebat Pahang yang boleh menyatupadukan bukan saja UMNO Kuantan, tapi juga MCA Kuantan dan rakyat Kuantan yang PRU 12 dulu telah undi protes BN.

Jerantut biarkan Kamaruzaman Baria orang kuat PM Najib mengendalikannya lagi pun Ku Lan telah banyak mengajar "ilmu politik" kepada Kamaruzaman Baria. Dato' Azizan Yaakob dan Dato' Wan Abu Bakar boleh membantu Kamaruzaman Baria memenangi parlimen Jerantut 2012 kerana Dato' Wan Amizan menurut penilaian Kamaruzaman Baria "tidak boleh diharapkan"!

MONDAY, JULY 5, 2010

Usul Pemuda WZWH Diterima Tanpa Bahas

Pada 3 Julai 2010, mesyuarat agung UMNO bahagian Jerantut bersidang dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Najib Perdana Menteri Malaysia. Sesunguhnya itulah hari bersejarah UMNO bahagian Jerantut buat pertama kalinya dirasmikan oleh Presiden UMNO selama wujudnya 36 tahun UMNO bahagian Jerantut.

PM Najib memberi "nasihat" secara umum kepada UMNO bahagian Jerantut tentang nilai-nilai perjuangan UMNO. Apa yang sepatutnya pemimpin-pemimpin UMNO buat bagi menarik sokongan rakyat. Berlaku adil sebagai pemimpin.

Sewaktu sesi pembentangan usul, semua usul dari AJK Bahagian, Wanita dan Puteri dibahaskan tetapi usul ekonomi Pemuda UMNO yang WZWH menjadi pembawa usulnya telah diterima tanpa bahas sebulat suara. Tahun lepas usul Pemuda WZWH pun diterima tanpa bahas.

WZWH agak terkilan juga kerana tidak dapat mendemonstrasikan skil orator WZWH dengan penerangan ilmu teknologi nuklear kepada UMNO bahagian Jerantut. Entah kenapa UMNO bahagian Jerantut tiba-tiba melalui Pengerusi Tetapnya telah meminta para perwakilan menyokong usul Pemuda WZWH tanpa bahas.

Kadang-kadang WZWH fikir adakah UMNO bahagian merasakan usul WZWH tidak sampai kepada pemikiran intelektual perwakilan UMNO Jerantut. Sebab itu semasa ucapan penangguhan, ada seorang perwakilan menyoal kenapa usul pemuda WZWH diterima tanpa bahas sepatutnya dibahaskan.

WZWH telah bersedia. WZWH telah berkempen usul Pemuda WZWH selama lebih sebulan dalam blog. 3 hari sebelum mesyuarat UMNO bahagian Jerantut, WZWH telah bersedia dengan segala jawapan bagi setiap hujah-hujah yang menentang usul WZWH.

WZWH tahu...WZWH tidak akan diberi peluang membawa usul Pemuda WZWH tetapi WZWH telah menyerahkan satu sampul surat kepada pegawai Perdana Menteri untuk diberi kepada PM-"Usul ekonomi Pemuda UMNO bahagian Jerantut agak kritis, mohon YAB Dato' Sri analisa". WZWH berharap PM dapat memahaminya....

FRIDAY, JULY 2, 2010

JP Aw Yuet Sam

Jika kita ingin mengenali sesuatu masyarakat maka kita kena jumpa orang tua di tempat itu. Itu yang WZWH buat berjumpa dengan pemimpin veteran Cina di Jerantut.

JP Aw Yuet Sam , berumur 78 tahun pemimpin veteran Cina masih lagi aktif dengan beberapa pertubuhan dan NGO.

Beliau adalah mantan Ketua Kampung atau dipanggil Tok Empat Kampung Sungai Jan (1972-1994). Bekas ahli MCA (1961-1974), sekarang ahli GERAKAN (1982-kini).

Penglibatan sukarela:
  • Bendahari PEMADAM
  • Bendahari Lembaga Pelawat PUSPEN
  • Bendahari Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti
  • Lembaga Pelawat Pusat Bina Diri
  • Penasihat JUVANA
  • AJK Persatuan JP Pahang
  • AJK Gabungan Persatuan Kwang Tung Malaysia
Parlimen Jerantut mempunyai 8500 pengundi Cina. WZWH mahu tahu masyarakat Cina Jerantut, apa permasalahannya dan kehendaknya, kepimpinan kaum Cina Jerantut dan hubungan dengan BN Jerantut.

Ada empat persatuan Cina Jerantut yang besar:
  • Persatuan Cina Kwang Tung
  • Persatuan Cina Kong Sai
  • Persatuan Cina Hokkian
  • Persatuan Cina Hakka
Menurut JP Aw Yuet Sam, MCA Jerantut tidak bersikap adil kepada masyarakat Cina Jerantut. Itu sebab Cikgu Koh Boon Keng menjadi calon Bebas pada PRU 12 dan kini menjadi pemimpin DAP Jerantut. Terdapat 4 cawangan DAP di Jerantut.

Menurut beliau lagi MCA Jerantut hanya menjaga kumpulan kecil tidak melibatkan semua masyarakat Cina Jerantut. MCA suka memberi bola tanggung kepada DAP menyebabkan DAP nampak kuat dan menjuarai isu-isu kaum Cina. MCA yang lemah bukan DAP yang kuat.

Terdapat 7 orang Ketua Kampung Cina di Jerantut. Mereka ini tidak betul-betul menjaga kepentingan kaum Cina keseluruhan di kampung masing-masing tapi lebih sibuk di Pejabat ADUN Damak.

Pemilihan beberapa Ketua Kampung Cina juga agak janggal, contoh di Kampung Batu 57 hanya ada 3 rumah orang Cina tapi diperuntukkan seorang Ketua Kampung. Di Kampung Padang Saujana ada 2 rumah orang Cina juga diperuntukkan seorang Ketua Kampung!

Bagi Lembaga Pelawat Hospital Jerantut bagi kuota MCA daripada 6 Lembaga Pelawat hanya 2 orang tahu berbahasa Melayu.

Rumah-rumah urut tumbuh bagai cendawan terdapat banyak di bandar Jerantut lebih daripada 10 buah. Terdapat rumah-rumah urut yang menawarkan perkhidmatan pelacuran dari pelacur-pelacur dibawa dari negeri China. Ini amat membimbangkan masyarakat Cina Jerantut. Terdapat insiden isteri-isteri pelangggan menyerang rumah urut.

Penduduk Cina Jerantut mahu wakil rakyat yang memberikan perkhidmatan kepada mereka seperti urusan Pejabat Tanah melibatkan tapak rumah dan tanah kebun mereka. Kebanyakan tapak-tapak rumah pajakan (lease) selama 25tahun, 28 tahun, 38 tahun susah pihak bank mahu memberi pinjaman.

Masyarakat Cina Jerantut menyokong penuh Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato' Sri Najib Perdana Menteri Malaysia untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Bila WZWH bertanya bolehkah BN mendapat kembali sokongan kaum Cina Jerantut pada PRU 13 nanti, JP Aw Yuet Sam secara optimis yakin BN masih boleh memenangi kerusi parlimen Jerantut dengan syarat BN kena tunjuk kerja kepada rakyat dan aturkan kehidupan yang lebih baik.

MONDAY, JUNE 28, 2010

Program Sukaneka Kg Lada DUN Tahan

Program Sukaneka Tahunan kali pertama di adakan di Kampung Lada pada 26-27 Jun 2010. Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan.

Aturcara majlis pada 26 Jun 2010:
Pada petang jam 3.00 petang berkumpul di Masjid. Sembelih lembu oleh kaum lelaki. Persediaan memasak oleh kaum perempuan. Malamnya memasak bersama sehingga masak.

Aturcara majlis pada 27 Jun:
Seawal pagi jam 8.00, penduduk Kampung Lada berkumpul. Taklimat Pegawai/Hakim kejohanan. Acara melukis dan sukaneka bermula. Pukul 11.00 pagi acara selesai.
Jam 12.00 tengahari ucapan Pengerusi Majilis, diikuti ucapan Ketua Kampung Lada, dan yang dinanti ucapan ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan.
Jam 12.30 tengahari acara penyampaian hadiah kemudian jamuan makan tengahari.
Acara malamnya selepas solat maghrib, ceramah agama, tajuk "Santapan Rohani". Selepas solat Isyak majlis tamat.

WZWH berpendapat program sebegini amat baik bagi merapatkan hubungan dan perpaduan penduduk Kampung Lada. Perpaduan membuahkan muafakat. Senang Ketua Kampung dan Penghulu buat kerja memajukan kampung. Wakil rakyat pun senang hati melihat kampung-kampung di DUN Tahan aktif, aman, bekerjasama memudahkan wakil rakyat membawa peruntukan.

Sejak YB Dato' Wan Amizan menjadi wakil rakyat di DUN Tahan, rakyat DUN Tahan sangat ceria dan suka kepada carakerja YB Dato' Wan Amizan yang proaktif membawa peruntukan yang sehingga kini berjumlah RM260 juta bagi memajukan DUN Tahan.

DUN Tahan sangat bertuah mempunyai wakil rakyat yang memahami kehendak dan keperluan masyarakat, muda belia sangat kuat bekerja mencari peruntukan memajukan kawasannya. YB Tahan yang sangat pemurah kepada rakyat Tahan yang memerlukan pertolongan diwaktu kesusahan dan kepayahan.

Jika semua YB-YB BN di Jerantut bekerja laju macam Dato' Wan Amizan sudah pasti tentu sukar pembangkang mahu merampas parlimen Jerantut dan 3 DUN.

Perjumpaan Dengan Pemuda Besut

"Malam Ramah Mesra" perjumpaan Pemuda UMNO Besut bersama dengan YB Dato' Wan Amizan EXCO Pemuda UMNO Malaysia telah berlansung di Dewan Terbuka Pejabat Penyelaras UMNO Hulu Besut Terengganu pada 27 Jun 2010.

Ini ialah siri ke dua lawatan kerja YB Dato' Wan Amizan ke bahagian angkat pemuda UMNO Bahagian.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Besut, Mohd Mahdi bin Musa berbesar hati dengan kehadiran Wan Amizan. Pemuda UMNO Besut mempunyai 155 cawangan pemuda.

Ketika WZWH sampai ke bandar Besut, WZWH kagum dengan mercutanda masjid Besut yang senibinanya menyerupai masjid Cardova di Sepanyol. Bangunan keluli medan selera Besut juga menarik.

Besut mempunyai 1 parlimen dan 4 DUN:
  • parlimen YB Dato' Sri Abdullah Mat Zin BN
  • Adun Kuala Besut YB Dr Rahman Mokthar BN
  • Adun Kota Putera YB Hj Mohd Fehemi bin Yusuf BN
  • Adun Jertih YB Dato' Sri Hj Idris Jusuh BN

Parlimen Besut mempunyai pengundi seramai 60000. YB Dato' Sri Hj Idris Jusuh merupakan mantan Menteri Besar Terengganu 2004-2008. Beliau banyak memajukan Terengganu dan Besut.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian dari Kelantan. Program tidak rasmi secara santai begini amat berkesan dan cukup bermakna merapatkan hubungan silaturahim antara pemuda UMNO Pantai Timur.

Antara program-program pemuda UMNO Bahagian Besut yang kreatif dan menarik minat WZWH ialah:
  • Program Skrin Gergasi menonton perlawanan bolasepak piala dunia bersama ahli-ahli pemuda UMNO Bahagian. Berbagai pengisian program pemuda diatur.
  • Perjumpaan pemuda UMNO dengan seluruh guru-guru Besut yang berumur dibawah umur 40 tahun. Guru adalah tulang belakang UMNO sebelum ini. Guru berada di mana-mana di dalam masyarakat.

SATURDAY, JUNE 26, 2010

Malam Kebudayaan Parlimen Jerantut

Malam kebudayaan dan kesenian parlimen Jerantut telah diadakan di Kuala Tahan Jerantut pada 25 Jun 2010 malam Jumaat lalu. Jemputan khas oleh Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Orkestra DBKL mengiringi persembahan artis-artis DBKL telah menghiburkan penduduk di DUN Tahan. Persembahan tarian tradisional dan moden cukup memukau para penonton terutama para pelancung dari luar negeri.

Ketibaan YBM Tengku Dato' Sri Azlan ibni Sultan Abu Bakar diiringi YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan tepat pukul 9.00 malam.

Persembahan pembukaan membuka majlis. Diikuti ucapan aluan Pengerusi Majlis dan nyanyian lagu Negaraku.

YBM Ku Lan turut berkenan menyampai hamper untuk ibu tunggal. Seterusnya persembahan oleh Kumpulan Kebudayaan DBKL sehingga pukul 12 malam.

WZWH menilai persembahan muzik Orkestra DBKL bertaraf A. Persembahan yang jarang boleh dinikmati di kampung luar bandar. YBM Ku Lan menyatakan akan bawa orkestra yang sama membuat persembahan di bandar Jerantut.

Tapi WZWH tidak lama menikmati Malam Kebudayaan dan Kesenian parlimen Jerantut kerana bergegas balik ke Jerantut kerana esok hari persidangan mesyuarat perwakilan pergerakan pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH percaya oleh kerana kita orang Melayu sudah melupakan kebudayaan dan kesenian seperti permainan dan tarian tradisional atau aktiviti-aktiviti yang selalu dilakukan oleh generasi lama maka jiwa orang Melayu kosong sebab itu ramai anak-anak muda melakukan kegiatan tidak sihat seperti merempit, dadah, gejala-gejala sosial negatif kerana tiada aktiviti yang boleh memberikan mereka kehalusan, kepuasan, fokus minda.

Monday, June 21, 2010

20062010

FOLLOWER 10

Visitor 14/244



SUNDAY, JUNE 20, 2010

RMK 10 (2011-2015)-Apa Faedah Kepada Jerantut?

RMK 10 bermula tahun depan dengan niat mencarta penjalanan ekonomi demi kebajikan rakyat Malaysia bagi 5 tahun akan datang.

Sasaran 3 kunci utama ialah:
  • Pertumbuhan ekonomi 6% setahun
  • Pengurangan defisit fiskal dari 5.3% kepada 3%
  • Pelaburan swasta tumbuh pada kadar 12.8% atau RM115 bilion setahun
Kunci kepada kejayaan ekonomi Malaysia untuk 5 tahun akan datang bergantung kepada pelaburan swasta disamping peningkatan eksport barangan dan servis.

Jika pelaburan swasta tidak menjelma, pertumbuhan ekonomi akan jatuh di bawah 6% setahun.

Apa faedah RMK (2011-2015) kepada Jerantut? Sebelum WZWH menjelaskan faedah RMK 10 kepada ekonomi dan sosial Jerantut, WZWH mahu menjelaskan beberapa aspek utama RMK 10 yang boleh memangkinkan pembangunan ekonomi dan sosial Jerantut seperti berikut:
  • Infrastruktur
  • Pembangunan sosio ekonomi
  • Pelaburan swasta
  • Memperbanyak peryertaan ekonomi bumiputera
  • Peningkatan peluang pekerjaan
  • Reform pasaran pekerja memenuhi Model Ekonomi Baru
Berikut beberapa senarai infrastruktur yang terdapat di dalam senarai RMK 10 dan yang dicadang dan akan dipertimbangkan secara "fast track" bagi kepentingan negara:

  • Jalan Hulu Tembeling RM460 juta merangkumi 3 fasa
  • Jalan Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja Terengganu RM450 juta
  • Jalan Sungai Lembing ke Kuala Tembeling RM200 juta
  • Jalan Jerantut Benta RM150 juta
  • Jalan Maran Jerantut RM100 juta
  • Flyover bandar Jerantut RM50 juta

Beberapa cadangan projek "fast track" bagi kepentingan negara:
  • Projek Hidroelektrik anggaran RM2.5 bilion
  • Projek Loji Janakuasa Nuklear anggaran RM3 bilion
Juga projek pembesaran kampung, jalan-jalan termasuk jambatan-jambatan di Jerantut yang boleh dianggarkan berjumlah lebih RM250 juta.

Bagaimana RMK 10 ini boleh dimenafaatkan demi kebaikan Jerantut? Pertamanya perlu kita mencari pelaburan swasta yang berminat dengan pulangan dari segi jangka panjang selain dari peruntukan kerajaan Pusat.

Diharap syarikat-syarikat tempatan, kontraktor-kontraktor tempatan diberi peluang penyertaan ekonomi di dalam projek-projek di atas sekurang-kurangnya mereka merasa juga pengagihan ekonomi.

Apa yang konntraktor bumiputera Jerantut perlu buat ialah menyokong kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut sekarang di dalam merealisasi dan mempercepatkan projek-projek yang WZWH sebutkan tadi.

WZWH sudah cakap Jerantut ialah "lombong Emas". Kita perlu bersatu menyokong bagi mendapatkan faedah ekonomi RMK 10 untuk Jerantut.

Falsafah 1Malaysia

1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan adalah slogan PM Najib bila mengambil alih kepimpinan dari Tun Pak Lah pada selepas 1 April 2009.

Kritik mengatakan slogan ini hanya retorik Najib. DAP anggap Najib "copy" dari Malaysian Malaysia. Melayu haluan kanan mahu pun kiri memandang sinis konsep 1Malaysia ini. Perkasa umpamanya tidak berapa setuju. Ada pemimpin-pemimpin UMNO tidak menyokong.

WZWH mahu mengajak semua rakyat Malaysia berfikir sejenak tentang realiti politik negara ini. Sekarang bukan masa kita menyalahkan British atas kesalahan lampau menjemput pendatang Cina dan India datang ke Tanah Melayu. Juga tidak guna kita mengutuk raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu yang juga bertanggungjawab membawa kaum Cina dan India datang bekerja di lombong bijih timah, emas dan bidang pertanian.

Mereka sudah ada di negara Melayu ini. Sudah lahir di bumi bertuah ini. Mereka membentuk lebih 35% daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta orang. Kita semua adalah "Malaysian". Semua kaum jangan ambil peduli polemik ras yang boleh menghancurkan negara.

WZWH mahu semua orang tidak kira apa parti atau NGO berfikir seolah-olah kita adalah Perdana Menteri Malaysia! Sebagai PM Malaysia sudah tentu kita mahu Malaysia yang penduduknya berbilang kaum hidup aman, damai dan menjaga perpaduan negara. Apa yang Tun Razak buat dasar seperti Rancangan Malaysia (sudah yang ke-10) dan DEB, "final product"nya ialah PERPADUAN yang menjamin kemakmuran negara.

Maka WZWH mahu menerangkan apa itu falsafah 1Malaysia. Supaya kita semua rakyat Malaysia memahami apa pemimpin kita PM Najib mahu dari kita semua didalam menterjemahkan konsep 1Malaysia untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita.

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduandikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

1Malaysia adalah pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara iaitu Wawasan 2020tercapai.

Pengertian ini berdasarkan hujah untuk mencapai status negara maju, syarat yang paling utama ialah perpaduan-rakyatnya bersatu padu.

Perpaduan gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi negara-negara lain kerana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional yang sama.

Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, dimana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain agar kita saling hormat-menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak dipinggirkan. Keadilan mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dengan dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Bila perpaduan dicapai maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut :
  • Aspek Pertama-Penerapan Teras-Teras Perpaduan
  • Aspek Kedua-Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

Teras-teras perpaduan ialah:
  • Penerimaan-sikap toleransi
  • Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
  • Keadilan sosial-tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan
Ketiga-tiga Teras Perpaduan didokongi oleh nilai-nilai murni termasuk:
  • Hormat-menghormati
  • Rendah hati (Tawadhuk)
  • Kesederhanaan
  • Berbudi-bahasa
Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia, nilai-nilai berikut perlu diberi penekanan:
  • Budaya Berprestasi Tinggi
  • Budaya Ketepatan
  • Budaya Ilmu
  • Integriti
  • Ketabahan
  • Kesetiaan
  • Kebijaksanaan
  • Budaya Inovasi
1Malaysia-Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diyakini akan menjana satu transformasi ketara, kearah sebuah negara Malaysia yang maju, didokongi oleh rakyat yang utuh perpaduannya dan tinggi martabatnya pada pandangan dunia.

Tidak sampai setahun konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh PM Najib kepada rakyat Malaysia, baru-baru ini didalam senarai persaingan dunia (World Competitiveness Nations), Malaysia telah berjaya menduduki senarai ke-9 dunia. Ini adalah hasilnya konsep 1Malaysia yang jika rakyat Malaysia terus mengamalkannya, perpaduan rakyat Malaysia yang bersatu padu akan menjadikan negara stabil, aman, kukuh dan makmur.