Sunday, May 30, 2010

UMNO JERANTUT MENGAMAL POLITIK CAS KETING


Ketika YBM Tengku melantik Ketua Wanita sebagai Timb. Pengerusi Penyelaras DUN Damak, ada pihak yang senang-senang melantik pula Zahar sebagai Penolong Timb. Pengerusi Penyelaras dan memintanya berucap pada perjumpaan dan perasmian serentak UMNO DUN Damak yang diadakan dulu.

Angin membawa khabar dan kami mencium bau bahawa ada pihak yang beria-ia benar menonjolkan personaliti itu, mungkin untuk ditonjolkan sebagai calon dalam PRU nanti bagi DUN Damak setelah persempadanan semula. Atau hanya bertujuan untuk membunuh kerier politik Ketua Wanita yang kelihatan semakin mantap dengan aktiviti-aktiviti berterusan yang mereka jalankan.

Pandangan kami adalah, jika dengkikan Wanita dengan aktiviti yang mereka lakukan, kenapa kita sendiri tidak lakukan perkara yang sama? Alangkah baiknya jika kita bertanding berbuat kebajikan kepada masyarakat siapa yang lebih banyak dan siapa yang lebih berjaya, bukan hanya berkerja mencantas mana-mana tunas yang tumbuh yang kelihatan lebih baik dari yang lama.

Kami memerhatikan kumpulan ini yang sedang berura-ura untuk mencantas seseorang. Kami akan bongkar lagi dan lagi jika perkara ini masih berlaku, dan sebenarnya kami sudah mengenal pasti siapa dalag dibelakangnya.

Tuesday, May 25, 2010

PEMIMPIN MESTI BERSIH DAN KELIHATAN BERSIH

Beberapa hari kebelakangan ini saya menghadapi masalah talian internet yang menyebabkan saya tidak mampu bukan saja untuk mencapai ke lawan-laman blog malahan tidak juga mamu untuk update blog.

Beberapa isu kelihatan memanaskan suhu politik Jerantut, dari surat layang dan tuduhan terhadap KP yang terlibat dengan permohonan tanah dalam jumlah yang besar dimerata-rata kampong ditambah lagi dengan status tanah yang dipohon adalah milik orang-orang kampong berkenaan.

Apa yang tergambar dimata dan fikiran rakyat adalah sebuah pepatah lama iaitu; harapkan pagar, pagar makan padi. Yang membawa maksud mendalam iaitu; harapkan pemimpin untuk membela maka pemimpin itulah juga yang merompak harta benda rakyat.

Apakah pemimpin begini hendak kita angkat atau berikan lagi peluang memimpin? Jika pun pemimpin ini tidak merasa mereka memakan hasil haram tetapi mereka tetap dipandang haramjadah oleh rakyat.

Pucuk pimpinan khususnya PM harus melihat ini dan tidak meletakkan mereka sebagai calon dalam PRU akan datangt jika sayangkan UMNO dan bangsa Melayu. Pemimpin beginilah yang telah membuatkan ramai ahli-ahli UMNO berpaling tadah dan menyokong parti lawan. Benar, kami tidak punya suara tetapi kami punya satu undi dan kami punya satu rangkaian yang berhubung antara satu sama lain. Kami akan bersepakat untuk menolak sekiranya pemimpin begini dicalonkan.

Adakah anda akan menyokong pemimpin yang sudahlah tidak bersih malahan nampak tidak bersih.

Sunday, May 16, 2010

BERITA PEMUDA UMNO BAHAGIAN BUKA PEKUNG DIDADA - WZWH NAK KATA APA?

Terkejut saya membaca blog Berita Pemuda UMNO Jerantut, bukan kerana penafian atau permintaan supaya penulis dan penyebar surat layang disiasat tetapi kerana tulisan berkenaan bagaikan membuka pekong didada sendiri.

Kenapakah author atau blogger BPUJ tidak berhati-hati mengeluarkan kenyataan sedemikian? Atau apakah memang ada niat tertentu dalam perancangannya?

Saya tidak pasti siapakan blogger atau author blog tersebut namun berdasarkan kebiasaan, follower terawal adalah dari kalangan penulis blog berkenaan sendiri. Diantara 2 follower itu adalah sdr Apache ( Amin Chenor - yang tidak mungkin terlibat kerana dia orang Maran), satu-satunya kemungkinan adalah sdr WZWH sendiri yang sah orang terdekat dengan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Ini bukan tuduhan tetapi satu ramalan atau jangkaan saya secara peribadi.

Sunday, May 9, 2010

UMNO KITA



1. Dengar khabar ketua-ketua cawangan UMNO DUN Damak akan berkumpul pada 12hb. nanti. Pesanan / jemputan diberikan kepada semua ketua-ketua umno cawangan dalam DUN Damak.

2. Ketua Wanita selaku Timb. Pengerusi (?) penyelaras menafikan adanya jemputan kepada beliau atas jawatannya. Namun katanya Naib Ketua Wanita ada mendengar khabar berkenaan dan mengesahkan adanya perjumpaan tersebut.

3. Apa sebenarnya sedang berlaku dalam UMNO Bahagian Jerantut ini? Apakah retak mencari belah? Tidak bolehkah kita bersikap lebih professional dengan menghormati itu dengan jawatan yang disandangnya? Jika kita tidak menghormati orang maka jangan salahkan nanti jika oranag lain juga tidak akan menghormati kita.

Friday, May 7, 2010

UMNO Jerantut

Sebagai ahli UMNO, saya kecewa dengan keadaan dalaman UMNO yang tidak pernah aman damai. Sentiasa saja ada perbalahan diantara satu dengan lain. Yang lebih utama adalah AJK yang ada tidak menampakkan ada usaha mereka untuk memulihkan parti. Segalanya bagai diserahkan saja kepada YBM Ketua Bahagian. Jadi kenapakah mereka bersungguh-sungguh bersaing utnuk mendapatkan jawatan?

Kita tau dalam pemilihan lalu banyak wang telah berlegar sekeliling kita bagi mencapai tujuan masing-masing dalam politik. Yang kalah memberikan alasan mereka tidak gunakan wang dalam merebut jawatan manakala yang menang tetap menafikan mereka terlibat dengan politik wang. Yang tau hanyalah yang memberi dan yang menerima.

Ada pihak berkata sebaiknyalah demikian kerana ini akan menjana ekonomi ahli-ahli UMNO, tetapi apakah ini adil dan tidak menyalah gunakuasa yang kita dapat dari rakyat? Kita berharap dengan cara baru mesyuarat pemilihan akan datang ianya akan lebih telus dan adil bagi semua pihak. Kerosakan dalam UMNO adalah kerana masalah politik wang.

Bayangkan apabila kita mewakili cawanga ke bahagian dan kita akan mendapar imbuhan kerana mengundi seseorang maka dicawangan kita akan berhempas pulas untuk melayakkan diri menjadi perwakilan. Kemungkin juga diperingkat ini juga kita sudah melaksanakan politik wang itu. Apakah perwakilan kita diperingkat bahagian ke KL tidak mendapat apa-apa imbuhan? Hehehe, jika tidak tak mungkin mereka bersusah payah untuk kesana.

Apakah UMNO masih relevan mewakili generasi muda dan masa depan? Masa depan UMNO terletak ditangan pemimpin UMNO masa kini. Kita yang mencorakkannya.

Tuesday, May 4, 2010

PENDUA - MENULIS POLITIK JERANTUT

Saya melihat politik jerantut dari dekat. Berkawan dengan ramai tokoh-tokoh politik di Jerantut. Saya melihat perkembangan multi media di Jerantut yang berkembang pesat.

Saya juga sangat tertarik dengan blog 'Suara Prihatin UMNO Jerantut' yang menjadi pemangkin kepada perkembangan blog-blog lain, satu usaha yang baik dan saya sangat menghargainya. Kerana itu saya juga berminat untuk menulis blog dan bersedia untuk menjadi blogger juga.

Harap penyertaan saya nanti akan dapat membantu dalam memberi pandangan terutama kepada maklumat politik dan isu semasa di Jerantut ini khususnya.