Wednesday, September 22, 2010

KESEDARAN TENTANG BLOG

Anuar Ibrahim pun masih pandai berdangdut
walaupun pentasnya tinggi rendah


Dengar khabarnya ada pemimpin Wanita UMNO Jerantut menuduh blog SPU sebagai 'master mind' blog-blog di Jerantut ini. Nampak sungguh dia tidak tahu tentang media sosial dan blog. Pengetahuannya tentang blog sangat sedikit yang dia ada dan banyak adalah pengetahuan tentang 'bobok'.

Adalah biasa didalam satu-satu blog memberi pautan (link) kepada blog-blog lain. Namun itu bukan bermaksud bahawa tulisan dan padangan diblog berkenaan sama dengan pandangan pemilik blog yang memberi link itu dan blog yang memberi link tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan diblog yang dilinkkannya. Kerana itu kadang-kadang kita melihat sebuah blog yang menyokong kerajaan juga memberikan link kepada blog yang bukan menyokong kerajaan. Ini dilakukan hanya kerana memberi peluang bacaan dan menilai pandangan lain mengenai satu-satu isu.

Kepada pemimpin berkenaan yang masih bodoh sombong saya ingin sarankan supaya cuba belajar dan fahami dengan sunguh-sungguh berkanaan peralatan media sosial ini kerana ini adalah alat media masa kini dan masa depan.

Janganlah tidak pandai menari lalu dikatakan lantai yang tinggi rendah.


4 comments:

one one no belen said...

Salam.Manalah para pemimpin UMNO jerantut tau pasal blog? kan mereka tu semua buta IT dan buta hati :-).Mereka cuma tau memenuhkan poket mereka aje sampai anak cucu mereka pun mereka tuntut duit kerajaan

Jeepers Creepers said...

macam kenal je pemimpin wanita tu hehehe..

uRag dRrulug said...

kehkehkeh,UMNO .....busuk hingga ke usus

Helang Buana said...

ha, ha. tak semua kot. tak kan semua busuk, kanser namanya tu.