Sunday, May 16, 2010

BERITA PEMUDA UMNO BAHAGIAN BUKA PEKUNG DIDADA - WZWH NAK KATA APA?

Terkejut saya membaca blog Berita Pemuda UMNO Jerantut, bukan kerana penafian atau permintaan supaya penulis dan penyebar surat layang disiasat tetapi kerana tulisan berkenaan bagaikan membuka pekong didada sendiri.

Kenapakah author atau blogger BPUJ tidak berhati-hati mengeluarkan kenyataan sedemikian? Atau apakah memang ada niat tertentu dalam perancangannya?

Saya tidak pasti siapakan blogger atau author blog tersebut namun berdasarkan kebiasaan, follower terawal adalah dari kalangan penulis blog berkenaan sendiri. Diantara 2 follower itu adalah sdr Apache ( Amin Chenor - yang tidak mungkin terlibat kerana dia orang Maran), satu-satunya kemungkinan adalah sdr WZWH sendiri yang sah orang terdekat dengan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Ini bukan tuduhan tetapi satu ramalan atau jangkaan saya secara peribadi.

3 comments:

Anonymous said...

PENDUA,

Sdr Pendua silap faham. Kenyataan itu hanyalah satu usul pemuda bahagian minta pihak tertentu supaya menyiasat surat layang tersebut dan kandungan surat itu dinyatakan dengan jelas apakah dakwaan yang dibuat dalam surat layang itu. Pemuda tidak fikir itu satu pekong sebagai mana tanggapan pendua Jika sdr kurang faham hal-hal pemuda lebuh baik jangan campur.T qu

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Saudara Pendua,
Adalah logik saudara berfikir demikian kerana saudara tidak percaya WZWH akan berbuat demikian? Kalau bukan WZWH siapa? Penulis blog palsu menyamar profile WZWH? Jika saudara kenal siapa dia WZWH tentu saudara tahu jawapannya!

penDUA said...

Saya tidak perlu mengenali siapa WZWH kerana saya tiada apa-apa kepentingan, dan saya juga percaya bahawa WZWH pun bukanlah siapa-siapa yang perlu saya kenali. Saya juga tidak perlukan jawapan serta soalan. bagaimanapun, terima kasih kerana hadir, lalu dan berlalu dalam dunia siber kita.