Beberapa isu kelihatan memanaskan suhu politik Jerantut, dari surat layang dan tuduhan terhadap KP yang terlibat dengan permohonan tanah dalam jumlah yang besar dimerata-rata kampong ditambah lagi dengan status tanah yang dipohon adalah milik orang-orang kampong berkenaan.
Apa yang tergambar dimata dan fikiran rakyat adalah sebuah pepatah lama iaitu; harapkan pagar, pagar makan padi. Yang membawa maksud mendalam iaitu; harapkan pemimpin untuk membela maka pemimpin itulah juga yang merompak harta benda rakyat.
Apakah pemimpin begini hendak kita angkat atau berikan lagi peluang memimpin? Jika pun pemimpin ini tidak merasa mereka memakan hasil haram tetapi mereka tetap dipandang haramjadah oleh rakyat.
Pucuk pimpinan khususnya PM harus melihat ini dan tidak meletakkan mereka sebagai calon dalam PRU akan datangt jika sayangkan UMNO dan bangsa Melayu. Pemimpin beginilah yang telah membuatkan ramai ahli-ahli UMNO berpaling tadah dan menyokong parti lawan. Benar, kami tidak punya suara tetapi kami punya satu undi dan kami punya satu rangkaian yang berhubung antara satu sama lain. Kami akan bersepakat untuk menolak sekiranya pemimpin begini dicalonkan.
Adakah anda akan menyokong pemimpin yang sudahlah tidak bersih malahan nampak tidak bersih.
6 comments:
Salam saudara Pendua,
Tidak adakah perkara-perkara yang baik terbukti dengan peruntukan setakat hari ini diluluskan di Dun Tahan berjumlah RM260 juta? Kenapa saudara Pendua tidak maklumkan hal ini kepada rakyat Jerantut. Kenapa mesti terpengaruh dengan surat layang yang tidak bertanggungjawab itu tektik media lama dibuat oleh orang lama!
WZWH, senang cakaplah, jika segalanya palsu kenapa tida berani dinafikan? saya tak kata saya percaya segalanya tetapi siapa berani kata bahawa segalanya tidak benar sama sekali? Tak ada angin masakan pohon bergoyang. Saya tak tau tentang media lama dan saya tak peduli kerana saya tidak menggunakan kaedah itu. Saya cuma nak ingatkan satu perkara saya; orang gila pun boleh luluskan peruntukkan lebih dari itu - dalam fantasinya, kehkehkeh
Salam.Pohon tak akan bergoyang jika tidak ada angin kecuali digoyangkan oleh beruk berok.
betul apa yg di suarakan pendua. di minta kp menafikan di khalayak ramai dan membuat laporan polis tentang masalah tanah tersebut. di minta dato kp atau wzwh jgn jadi manusia dayus. jgn org memberi gelaran DATO DAYUS pulak.
PENdua,
Peruntukan 260 juta? kih.. kih... kih...egeli hati mendengarnya. Kalau tak dia jd adun pun lulus juga orang kampung minta. Kat kelantan pas perintah bilion ooiii dek oii. kat selangor lagi banyak pungko oii. Itu rancangan pegawai atas pemintaan orang kampung boroi oii.
WZWH repot polis lah kes tanah tu biasa siasat sapa buat oii. Jangan ditegak benang basah ooi.Orang cakap ada bukti oii. bukan cakap bodoh macam sdr ooii. awak ingat IPS gila awak tu boleh nafike ooii. orang tak tuduh sembarangan ooii. sodok sana sodok sini oii. lepas tu kata kat orang tembelin sakai, lepas tu kata orang jeran tut minum air kaki awak huiii.
Jangan anggap urang jerantut pekak dan dan buta. jangan jadi pelesit sedut darah rakyat untuk hidup senang lenang. Hissss tak boleh harap.
nafi kan lah apa yg berlaku. tak berani kan sebab dia memang buatkan.sudah lah mengampunya. kita buat apa yg benar utk org melayu jerantut. wzwh suka ker org melayu merempat. ker perasan sgt awk keturunan bendahara ker.sy nak ingat kat awk sekali lagi jgn menghina kami org jerantut dengan kata 2 kesat biadab awk tu. nanti awk yg merana badan.
Post a Comment