Monday, June 7, 2010
TIADA UPDATE TERKINI
Sunday, June 6, 2010
hari ini AHAD 6/6/2010 pun tiada update
Saturday, June 5, 2010
TIADA UPDATE HARI INI
Friday, June 4, 2010
04062010
THURSDAY, JUNE 3, 2010
Kenapa Jerantut Perlu Sokong Logi Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling?
Pada 3hb Julai 2010, sebulan dari sekarang Mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut akan bersidang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Najib PM. Kehadiran PM amat ditunggu ahli-ahli UMNO dan rakyat Jerantut. Kali terakhir Dato' Seri Najib melawat Jerantut pada tahun 1997.
Kita Jerantut mengharapkan lawatan YAB PM memberi makna. Kita belum minta apa-apa pada PM yang boleh memajukan Jerantut dengan impak ekonomi dan sosial yang berskala besar kerana kita tidak pernah minta pun...
Oleh kerana WZWH seorang pemikir dan pengamal politik Jerantut yang ingin melihat Jerantut maju dan rakyatnya hidup makmur dan sejahtera maka satu usul perlu dibawa untuk dipertimbangkan oleh PM.
Usul yang ingin dibawa oleh WZWH bukanlah usul baru, ianya ialah idea lama Tun Razak atas nasihat pakar nuklear dan tenaga Rusia pada tahun 1960an bahawa Malaysia perlu mengorak langkah ke depan dalam menghadapi permintaan bekalan tenaga elektrik yang makin meningkat demi mencapai negara industri dan berdepan dengan krisis tenaga yang bakal meruncing masa depan.
Sebab itu Agensi Nuklear
Oleh itu menjadi tanggungjawab WZWH untuk menerangkan kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat Jerantut semua supaya faham kenapa usul logi janakuasa nuklear perlu dibina di Lembah Tembeling. Apakah kebaikan dan faedah yang Jerantut boleh dapat dari projek ini.
WZWH tidak ada kepentingan apa-apa. WZWH hanya ada idea yang ingin dilontarkan supaya PM Najib menimbangkan usul ini untuk faedah Jerantut dan negara.
Bila penghasilan tenaga berubah dari hidrokarbon seperti minyak, gas, dan arang batu yang kurang bersih kepada tenaga nuklear yang lebih bersih, mesra alam, efisien dan kos efektif maka sumber tenaga nuklear perlu dipertimbangkan pada masa depan bila negara akan menghadapi krisis tenaga menjelang 2019 menurut jangkaan Petronas.
Menurut Laporan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah mengenal pasti Pahang terutamanya Lembah Tembeling amat sesuai dijadikan tapak cadangan loji janakuasa nuklear kerana lokasi kawasan terpencil dan dekat dengan sumber air mengikut peraturan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air , Datuk Seri Peter Chin telah mengumumkan cadangan membina logi janakuasa nuklear telah diluluskan dan loji akan beroperasi dari tahun 2021 dengan cadangan untuk menggunakannya sebagai sumber tenaga alternatif menjelang 2025.
Empangan Hidro Bakun dengan keupayaan kapasiti 2400MW dibina untuk memenuhi permintaan tenaga yang makin meningkat dari kedua-dua Semenanjung dan Malaysia Timur. Perancangan untuk membekalkan tenaga dari Bakun ke Semenanjung melalui kabel dasar laut dibatalkan kerana Kerajaan Sarawak membuat keputusan mahu mengguna tenaga Bakun sepenuhnya bagi industri melebur aluminium dan keperluan tenaga bagi Sarawak dan
Terputus bekalan tenaga dari Bakun, Semenanjung
Kita lihat, di Jepun terdapat 55 buah logi janakuasa nuklear yang boleh menyalurkan 49,467MW kepada keperluan domestiknya. Kejayaan Jepun dan
Baru-baru ini kerajaan Turki telah menandatangani perjanjian bernilai US20 bilion (RM80 bilion) dengan Rusia untuk membina 4 buah reaktor nuklear. Disamping itu negara-negara rantau Asean telah mengumumkan hasrat mereka untuk membina logi janakuasa nuklear.
Kita boleh lihat perlumbaan pembinaan logi janakuasa nuklear di rantau Asean telah bermula. jika kita ketinggalan, kita tidak dapat menguasai teknologi nuklear seperti negara Islam
Maka WZWH mencadangkan kepada kerajaan supaya membina loji janakuasa nuklear di Lembah Tembeling, Jerantut Pahang.
Jika kerajaan dibawah kepimpinan YAB PM Dato' Seri Najib bin Tun Razak ingin melaksanakan projek logi janakuasa nuklear keupayaan kapasiti 1000MW untuk menjana punca baru tenaga elektrik bagi menyokong perkembangan pesat industrialisasi negara untuk bersaing dengan lebih kompetitif, kos pembinaannya dianggar RM9 bilion. Projek ini memberi peluang pekerjaan kepada 4000 pekerja profesional, separa profesional, mahir, dan buruh.
Soalnya lebih murah untuk negara buat sekarang daripada menangguhkannya ke suatu masa depan . Projek pembinaan logi janakuasa nuklear memberi pulangan kepada negara dari segi jangka panjang dan sememangnya memberi impak besar kepada ekonomi Jerantut.
Kita mohon YAB PM Dato' Seri Najib membina dengan segera projek logi janakuasa nuklear di Lembah Tembeling yang bakal dikenal pasti tapak cadangan pada tahun tahun 2012 dan pembinaan logi janakuasa nuklear bermula pada tahun 2015.
Kita orang Jerantut, jangan risau kerana kita akan guna teknologi nuklear generasi ke tiga yang lebih selamat, mesra alam dan tahan lama. Kebimbangan orang ramai ialah jika berlaku kebocoran radioaktif nuklear,terdedah kepada pancaran gamma dan loji nuklear meletup. Kita akan pastikan kes Chernobyl tidak akan berulang. Itu kesilapan "human error" bila berlaku perubahan kerajaan di Rusia-Kesatuan Soviet Union dulu.
Kita akan guna kepakaran teknologi tercanggih Perancis, Rusia dan pelajari amalan teknologi China, Jepun dan Korea Selatan serta gabungan teknologi. Perpindahan teknologi boleh membantu kepakaran nuklear tempatan terutama pekerja profesional Bumiputera.
Kita akan pastikan aspek keselamatan dan persekitaran daripada impak projek diutamakan. Juga kaedah pembuangan sisa bahan radioaktif tinggi mengikut sistem dan peraturan-peraturan piawai antarabangsa.
WZWH telah menjelaskan dengan panjang lebar mengapa rakyat Jerantut perlu menyokong usul pembinaan logi janakuasa nuklear di Lembah Tembeling. WZWH harap orang Jerantut faham betapa negara perlu kepada tenaga dari sumber baru yang lebih bersih, selamat dan jimat kos dari segi jangka panjang dan kesan impak besar kepada ekonomi Jerantut.
YAB PM Najib menunggu respon dari anda semua rakyat Jerantut...
Posted by WZWH at 4:39 AM 0 comments
Thursday, June 3, 2010
03062010
TUESDAY, JUNE 1, 2010
Wanita Lambang Pengenalan Jerantut dan Pahang
comments:
- WZys said...
Salam saudara Yang Gambi,
Saya kenal nama saudara bila Dato' Sam SETPOL MB ada brief saya tentang saudara.
Kat Jerantut susah sikit sebab blog SPUJ ada dasar diskriminasi terhadap blog WZys. Saya tidak faham. Semua blog2 Jerantut termasuk blog2 PAS dilink dan di promote oleh blog SPUJ. Bila saya tegur dan kritik, saudara SPUJ marah dan bersama blog2 payungnya mula serang WZys dan blog WZys.
Silaplah SPUJ tidak kenal siapa WZys!
Terimakasih.- June 2, 2010 10:06 AM
Wednesday, June 2, 2010
JANGANN KE BLOG WZWH BER-VIRUS - BLOG PENDUA MEMBANTU DENGAN JUJUR
TUESDAY, JUNE 1, 2010
Jalan Ulu Tembeling- Mitos Atau Realiti
Pertama,pada tahun 1976, satu peluang telah terhidang bila Syarikat Koperasi Ulu Tembeling telah ditubuhkan untuk menjayakan bukan saja projek jalan Ulu Tembeling tapi penempatan baru ala Felda dengan ladang-ladang,sekolah,dewan, masjid,bangunan kedai dan sebagainya dengan ASPA tapi oleh kerana penduduk Ulu Tembeling tidak bersatu, ada pemimpin-pemimpin yang anti pembangunan dan konservatif mengagalkan impian itu...
Kedua,sekali lagi Tuanku Sultan Ahmad Shah menanya orang Ulu Tembeling di depan jurutera-jurutera Rusia dan pihak yang berkenaan mahukah projek Empangan Hidroelektrik Tembeling dilaksanakan? Sekali lagi pemimpin konservatif mempengaruhi penduduk menentangnya. Jika penduduk Ulu Tembeling bersetuju maka perancangan Tun Razak mahu memajukan Ulu Tembeling, Pahang dan kepentingan negara akan terlaksana tapi tinggal impian...
Ketiga,peluang diberi Mahathir pada tahun 1982 untuk membangunkan Ulu Tembeling dengan menghidupkan semula projek Tun Razak, malang UMNO Bahagian Jerantut menentangnya... sudah tiada impian lagi...
Keempat, peluang keemasan bila Ahli Parlimen Dato' Wan Abu Bakar sebagai Timbalan Menteri Kewangan telah berjaya menyalurkan peruntukan membina jalan Ulu Tembeling sebanyak RM100 juta pada tahun 1990 ke Pahang tapi MB Pahang pula pandai-pandai mengalihkannya ke Tanjung Lumpur buat jambatan "atas nama keutamaan". Impian pecah berkecai...
Jika ditanya Perbendaharaan, atas kertas sebenarnya jalan Ulu Tembeling sudah ada! Buat apa hendak peruntukan buat jalan lagi. Ahli Parlimen selepas itu pening untuk menyelesaikannya.
Kelima, seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, bukan wakil rakyat sebelum Mac 2008 telah memikirkan bagaimana cara untuk "create" peruntukan khas hendak buat jalan Ulu Tembeling. Ianya bermula bila WZWH "menyalak" di persidangan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 2006. "..kita Pemuda UMNO Jerantut perlu menyelesaikannya jika semua pihak gagal!"
"Allignment" jalan yang baru perlu direkabentuk tidak guna "allignment" lama.Itu cara hendak dapat peruntukan baru kalau tidak ianya akan bertindih dan mudahlah pihak Perbendaharaan menolaknya. Maka pertemuan Wan Amizan dengan YAB PM Pak Lah telah meluluskan projek Jalan Ulu Tembeling pada dasarnya maka kita patut berterimakasih dengan Pak Lah. Surat itu diberi kepada Wan Amizan maka dijajanya surat itu kepada penduduk Ulu Tembeling semasa PRU 12 lalu.
Kos hendak buat projek jalan Ulu Tembeling berjumlah RM460 juta dari Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling. Dipecahkankan kepada beberapa pakej. Pakej pertama dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi berjumlah RM120 juta (telah dimuktamadkan oleh MOF), pakej kedua dari Kampung Pagi ke Kampung Kuala Sat, dan pakej ketiga dari Kampung Kuala Sat ke Kampung Mat Daling.
Mengikut RMK 10 projek jalan dari Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja( Terengganu) akan dilaksanakan dengan kosnya melebihi RM400 juta sepanjang 55 km. Tapi WZWH tidak mahu bincang hal ini nanti orang Ulu Tembeling cakap," wok, omm jangan pungkor!" Ye lah jalan belum sampai ke kampung Mat Daling macamana orang Ulu Tembeling hendak percaya.
Pakej pertama jalan Ulu Tembeling dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi telah secara rasmi bermula pada 1 April 2010. Kontrak diberi kepada sebuah syarikat pembinaan kelas A Jerantut. Pelaksanaan projek mengambil masa 28 bulan iaitu sebelum PRU 13 jika berlaku pada pertengahan 2012 atau 2013 dijangka siaplah jalan itu.
YB Dato' Wan Amizan berjanji jika jalan Ulu Tembeling tidak dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya sampai ke Kampung Pagi, beliau tidak akan bertanding lagi dalam PRU 13 nanti kerana beliau tidak sanggup lagi "beri janji dan harapan palsu" kepada penduduk Ulu Tembeling dan tiada siapa ahli UMNO mahu bertanding di DUN Tahan kerana sudah tentu rakyat akan bangkit menolak UMNO yang menipu mereka selama ini.
Persolannya adakah projek jalan Ulu Tembeling ini MITOS atau REALITI ? Ianya adalah realiti sebenarnya.
Tuesday, June 1, 2010
31/5
MONDAY, MAY 31, 2010
Bersama Membina Membangunkan Jerantut
Pernah kita bertanya kegigihan usaha pemimpin-pemimpin UMNO kita sekarang di dalam membangunkan Jerantut seperti YBM Tengku Azlan, YB Dato' Ahmad Shukri dan YB Dato' Wan Amizan. Pada apa yang berjaya pemimpin-pemimpin ini lakukan pernah kita cuba memahami perjuangan dan kesungguhan mereka di dalam memberi servis yang baik kepada Parlimen Jerantut dan DUN. Pernah kita sebagai pengikut menghargai dan berterimakasih kepada pemimpin kita.
Berapa ramai antara kita sebagai pengikut tampil ke hadapan memberi sumbangan yang termampu oleh kita di dalam bentuk idea, masa, tenaga, usaha, wang, dan sebagainya untuk membantu pemimpin-pemimpin kita menjayakan misi organisasi parti. Berapa ramai cerdik pandai yang ada Phd, Master, MBA, Degree, Diploma sanggup berkorban masa, tenaga, wang berulang alik dari Kuala Lumpur, Kuantan ke Jerantut pada setiap hujung minggu contohnya demi perjuangan UMNO?
Kenapa kita tidak membantu pemimpin-pemimpin kita? Kenapa kita tidak memberi idea-idea, nasihat dan teguran kepada pemimpin-pemimpin kita. Kenapa kita suka mengutuk pemimpin-pemimpin kita, Kenapa kita suka mengatakan pemimpin-pemimpin kita. Kenapa kita tidak mengakui apa-apa projek pembangunan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin kita ke Parlimen dan Dun. Kenapa kita menidak dan dengki kepada apa-apa yang baik pemimpin-pemimpin kita berjaya lakukan.
Kita mesti keluar dari kepompong pemikiran sempit kita, buka mata dan minda kita luas-luas lihat persekitaran luar kita lihat kejayaan tempat orang dan bandingkan dengan tempat kita, apa yang kita kurang, apa yang kita lebih, bagaimana kita membaiki, dan cara apa kita mahu membaiki, perbetulkan sikap, pemikiran, permuafakatan barulah kita ada hati yang bersih dan suci untuk mencapai misi dan visi di atas jalan yang lurus.
Tidak ada mana-mana kumpulan yang kuat di Jerantut baik Ulu Cheka,Jalan Benta, Bandar, Jerantut Hilir, Pulau Tawar, Felda-felda dan Tembeling. Setiap kumpulan memerlukan antara satu sama lain, setiap kumpulan perlu bergabung membentuk pemuafakatan gagasan 1UMNO Jerantut yang kuat dan jitu. Kita pengikut-pengikut perlu menggerakkan gagasan 1UMNO Jerantut ini tidak kira kita pengikut mana-mana kumpulan, jika pemimpin-pemimpin kumpulan malu atau enggan berbuat demikian kitalah pengikut-pengikut UMNO yang setia perlu membuat gelombang perubahan mendesak penyatuan gagasan 1UMNO Jerantut.
Ini yang patut ahli-ahli UMNO buat. Kuatkan parti bersama-sama kita menguatkan UMNO bersama membina membangunkan Jerantut. WZWH komited menjayakan wawasan bersama membina membangunkan Jerantut. Biar pun WZWH tidak kaya tapi ada MBA, Degree, Diploma dengan sedikit sumbangan masa, tenaga, idea, sekuman wang bersemangat mahu melihat wawasan yang walaupun nampak macam mimpi tapi akan berusaha mencari jalan menjadikannya realiti.