Sunday, May 30, 2010

UMNO JERANTUT MENGAMAL POLITIK CAS KETING


Ketika YBM Tengku melantik Ketua Wanita sebagai Timb. Pengerusi Penyelaras DUN Damak, ada pihak yang senang-senang melantik pula Zahar sebagai Penolong Timb. Pengerusi Penyelaras dan memintanya berucap pada perjumpaan dan perasmian serentak UMNO DUN Damak yang diadakan dulu.

Angin membawa khabar dan kami mencium bau bahawa ada pihak yang beria-ia benar menonjolkan personaliti itu, mungkin untuk ditonjolkan sebagai calon dalam PRU nanti bagi DUN Damak setelah persempadanan semula. Atau hanya bertujuan untuk membunuh kerier politik Ketua Wanita yang kelihatan semakin mantap dengan aktiviti-aktiviti berterusan yang mereka jalankan.

Pandangan kami adalah, jika dengkikan Wanita dengan aktiviti yang mereka lakukan, kenapa kita sendiri tidak lakukan perkara yang sama? Alangkah baiknya jika kita bertanding berbuat kebajikan kepada masyarakat siapa yang lebih banyak dan siapa yang lebih berjaya, bukan hanya berkerja mencantas mana-mana tunas yang tumbuh yang kelihatan lebih baik dari yang lama.

Kami memerhatikan kumpulan ini yang sedang berura-ura untuk mencantas seseorang. Kami akan bongkar lagi dan lagi jika perkara ini masih berlaku, dan sebenarnya kami sudah mengenal pasti siapa dalag dibelakangnya.

2 comments:

one one no belen said...

Salam.Memang UMNO jerantut mcm ni sejak azali lagi.Kita perlu menolak personaliti personaliti yang seperti ini jika ingin menguatkan semula UMNO jerantut.

derebar bot dato' nazri said...

kume ade dengo cerita pasa geng dato' haji nazri dan dato' setiausaha dan mencantas ketua wanita wok kelabu tuh, busok benor hati ddan perangai urag umnon nih yek? kerayan sungguh!